AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, June 16, 2010

SMM Pertahan Mahasiswa Dalam Kes 'Bini Puaka'


KUALA LUMPUR 16 Jun - Solidariti Mahasiswa Malaysia menyatakan sokongan padu terhadap lima pelajar Universiti Malaya yang dibicarakan semalam d bawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan yang didakwa cuba melakukan vandalisme dan menconteng dinding Dewan Utama Akademi Pengajian Melayu dengan perkataan berunsurkan politik.

Mereka yang didakwa terdiri daripad Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani, Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli.

Shazni Munir merupakan Presiden SMM dan seorang aktivis yang aktif dalam mempertahankan hak dan kebebasan mahasiswa dan yang terbaru, penglibatan beliau dan SMM dalam membantu empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang di dakwa di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti atas kesalahan melibatkan diri dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

"SMM merasakan perbicaraan hari ini adalah petanda awal kemunculan keadilan bagi kelima-lima mahasiswa setelah perbicaraan ini ditangguh selama beberapa bulan. Kes ini dilihat memberikan impak bukan sahaja kepada lima mahasiswa ini, tetapi akan mempengaruhi pergerakan mahasiswa di seluruh negara. SMM juga menyatakan pendirian menunjukkan solidariti seperti mana yang telah dilakukan oleh SMM pada masa lalu dalam kes-kes sebegini.

"SMM juga menyuarakan keyakinan dan kepercayaan bahawa keadilan pasti bersama mahasiswa, dan bagi kelima mahasiswa ini, SMM yakin mereka telah bersedia untuk dan akan terus berjuang untuk mendapat keadilan bagi diri mereka.

"Oleh itu, SMM akan sentiasa memberikan sokongan moral dan bersama dalam perjuangan mereka mendapatkan keadilan," kata SMM dalam kenyataannya media semalam.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009