AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, June 21, 2010

Serangan pengganas: Pakatan politik jahat Umno

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, kenyataan mengenai serangan pengganas menunjukkan satu pakatan politik jahat antara Umno Barisan Nasional (BN) dan polis untuk menimbulkan ketakutan dan kemarahan masyarakat bukan Islam terhadap Islam dan kumpulan kumpulan Islam.

Justeru, katanya PAS sangat kesal dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kononnya akan ada serangan kumpulan pengganas ke atas rumah kuil Batu Caves dan kuil Kuan Yin Air Itam.

Ini, katanya sekaligus secara halus untuk menjauhkan masyarakat bukan Islam daripada PAS yang merupa parti politik Islam yang mendapat tempat di kalangan masyarakat bukan Islam.

“Inilah kebimbangan yang menghantui Umno bila PAS secara terbuka menyatakan pada rakyat tentang gerakan persediaan PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, Umno mengharapkan bantuan Musa Hassan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melindungi kepentingan kuasa politik mereka daripada gerakan PAS untuk ke Putrajaya bersama PR bagi membawa perubahan ke arah Malaysia baru yang lebih maju.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, bagi Umno isu serangan pengganas adalah antara talian hayat terakhir parti itu.

Katanya, kenyataan Musa juga sudah pasti akan disusuli dengan penahanan di bawah ISA ke atas induvidu yang tidak akan dapat dibuktikan sebarang bentuk pengakuan yang bakal diskrip dramakan untuk tujuan politik murahan Umno.

“Tindakan ini sama seperti isu provokasi kalimah Allah bila mana Umno cuba menampil diri sebagai juara mempertahan Islam dalam usaha terdesak untuk mendapatkan kembali sokongan orang Melayu Islam pada Umno,” ujarnya lagi.

Isu tersebut berakhir, katanya dengan pembakaran gereja dan surau untuk menimbulkan ketegangan dan menakutkan rakyat.

Menurutnya, semua itu berlaku hasil dari provokasi jahat Umno, tetapi ternyata rakyat mengambil tindakan bijaksana dalam isu kalimah Allah dengan menolak provokasi jahat Umno.

“Kini sekali lagi Umno BN cuba membawa pendekatan lapuk yang dirangka oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) puluhan tahun lalu untuk menakutkan rakyat dengan isu-isu keselamatan dan pembanggunan (Kesban),” katanya.

Beliau menambah, ternyata Umno masih tidak berubah dalam usaha mempertahankan kuasa sedangkan pemikiran rakyat sudah berganjak jauh meninggalkan Umno.

Katanya, rakyat meminta integriti, demokrasi dan reformasi dalam urustadbir negara tetapi Umno BN membawa pendekatan autokrasi dan kuku besi.

Justeru, ujarnya rakyat perlu menghentikan perbuatan Umno mengadu dombakan rakyat pelbagai kaum dan agama sebaliknya mesti menunjuk jalan keluar kepada Umno untuk meninggalkan politik negara untuk diurus tadbir oleh PR bagi membawa pembaharuan untuk negara dan rakyat yang lebih sejahtera.

Sumber: Harakah Daily

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009