AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, June 8, 2010

Penyerahan Blok L Dan M Satu Pengkhianatan


KUALA LUMPUR 8 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang menyerahkan dua padang minyak Bolk L dan M kepada Brunei sebagai penyelesaian kepada isu tuntutan ke atas wilayah Limbang dan menyifatkannya satu pengkhianatan kedaulatan negara dan juga mencabuli Perkara 2 Perlembagaan Negara.

Anwar menuntut penjelasan secara terperinci yang dapat mengaitkan antara dua tuntutan unilateral Malaysia dan Brunei yang menyebabkan dua blok ini diserah begitu sahaja pada 11 Februari 2009 kerana tindakan ini membawa banyak persoalan perundangan dan kedaulatan.

Dalam ucapan penutup sidang parlimen hari ini, Anwar mengemukakan beberapa maklumat dan persoalan khusus mengenai pemberian Blok L dan M kepada Brunei oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Pada 30 april 2010, rakyat Malaysia mendapat tahu bahawa kawasan blok maritim Blok L dan M telah diberikan kepada Brunei oleh kerajaan Umno-BN. Dalam satu kenyataan media yang dipetik daripada Bernama, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengesahkan bahawa Blok L dan M bukan lagi milik kita tetapi telah diserahkan kepada Brunei.

"Bernama juga turut merekodkan pengakuan Abdullah bahawa beliau menandatangani perjanjian tersebut setelah kabinet meluluskan penyerahan ini pada 11 Februari 2009, kemudian penyerahan telah dibuat pada 16 Mac 2009, 17 hari sebelum Abdullah meletakkan jawatan iaitu pada 7 April 2009 dan ini telah disahkan oleh Menteri Luar.

"Penyerahan ini dirahsiakan daripada rakyat dan Parlimen lebih setahun lamanya, dan hanya kini kita mendapat tahu, itupun melalui sebuah syarikat minyak kerana dibatalkan kontrak yang melibatkan Blok L dan M, dan kita mendapat tahu bukan daripada kementerian berkenaan ataupun Parlimen," kata Anwar pada penangguhan sidang Dewan semalam.

Menurut beliau, pendedahan ini amat memeranjatkan kerana isu amat serius dan melibatkan kedaulatan wilayah, kepentingan maritim dan ekonomi negara khususnya.

Tambah Anwar lagi, "Bagi manjaga kepentingan maritim negara, Malaysia telah meluluskan kawasan wilayah dan pelantar benua melalui pengisytiharan peta malaysia pada 21 Disember 1979 dan peta baru yang diterbitkan oleh Pengarah Pemetaan jelas menyatakan Blok L dan M adalah milik Malaysia.

Anwar menyatakan isu ini melibatkan kepentingan Sabah dan Sarawak di mana ia melibatkan nilai melebihi USD300Bilion dalam 10 tahun.

Anwar membacakan satu kenyataan media oleh Menteri Pardagangan dan Hal Ehwal Luar Negara Brunei, Datuk Seri Setia Lim Jok Seng yang menyatakan isu Limbang tidak pernah dibincangkan dalam tuntutan ini.

"Saya ingin menjelaskan disini, bagaimana Brunei boleh menafikan Limbang adalah milik Malaysia tetapi tidak pula menafikan milikan blok-blok ini.

"Saya juga ingin jelaskan bahawa saya tak pertikaikan hasrat kerajaan Umno-BN bermuafakat dengan Brunei atas sifat kejiranan tetapi apa yang saya pertikaikan ialah kenapa mudah sahaja kita berikan kedua-dua blok yang begitu besar kekayaannya?" tanya beliau.

"Rakyat terutamanya Parlimen, masyarakat Sabah dan Sarawak berhak mengetahui apa yang telah berlaku dan apa sebenar kerugian yang berlaku akibat kegopohan ini," tambah Anwar lagi.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009