AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, June 3, 2010

Bank Negara Tubuh Syarikat Kendali Insurans Pihak Ketiga Bantu Kroni?


SHAH ALAM 3 Jun - Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Dr Jacob George menyuarakan tentangan beliau terhadap perubahan yang di bawa oleh Bank Negara dalam skim insurans pihak ketiga yang disifatkan sebagai satu 'gurauan' dan mempunyai agenda tersembunyi.

Kata beliau, berdasarkan kajian komprehensif yang dilakukan di seluruh negara termasuk penduduk kawasan luar bandar dan kampung, CASSA mendapati secara keseluruhannya rakyat tidak berpuashati dengan perubahan tersebut.

"Apa yang diperlukan sekarang ialah meningkatkan jumlah syarikat yang dapat menawarkan insurans pihak ketiga dengan harga yang adil dan berpatutan. Ini barulah adil kerana syarikat insurans menikmati keuntungan jauh lebih besar daripada skim insurans yang lain," kata Dr Jacob dalam satu kenyataan.

Dr Jacob menambah, syarikat insurans juga perlu memantau dan mempercepatkan proses pembayaran tuntutan selepas keputusan mahkamah diperoleh tanpa melambatkan pembayaran dengan pelbagai taktik perundangan, kelewatan dalam pemprosesan dalam syarikat dan sebagainya.

"Kami juga membantah cadangan Bank Negara untuk menubuhkan sebuah syarikat dengan penglibatan dan dana kerajaan Umno-BN, kerana kami sangsi dengan tujuan utama penubuhan syarikat ini.

"Kami ingin tahu adakah penubuhannya agar Bank Negara dapat mengawal aktiviti secara langsung, tidak langsung, atau dengan meletakkan pegawai Bank Negara yang akan bersara yang akan diberi gaji dan elaun yang tinggi?," tanya beliau.

Beliau juga meminta penjelasan samada tujuan Bank Negara adalah agar kerajaan Umno-BN membiayai syarikat ini dengan dana lebih RM500 juta setahun sebagai pemegang syer utama, sambil melibatkan kesemua syarikat lain dalam industri yang sama.

"Yang saya hairan ialah kenapa kerajaan Umno-BN perlu dilibatkan? Bagaimana kerajan Umno-BN hendak menjelaskan kepada rakyat bahawa dalam pada masa kritikal dimana rakyat dibebankan dengan pengurangan subsidi, kerajaan boleh pula membelanjakan begitu banyak untuk skim baru?" tanyanya lagi.

Dengan ini, Dr Jacob ingin meminta kerajaan Umno-BN bertindak dengan menolak apa sahaja cadangan bank pusat meminta kerajaan melibatkan diri dalam isu ini.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009