AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, June 4, 2010

100,000 Rakyat Kecam Rejim Zionis Israel Di Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat


KUALA LUMPUR 4 Jun - Demonstrasi mengutuk serangan rejim Zionis Israel ke atas kapal MV Marmara yang membawa bantuan miusi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza Isnin lalu yang menyebabkan 9 aktivis terbunuh dan 30 cedera disertai lebih 100,000 rakyat yamg melaungkan slogan dan membawa sepanduk anti-Zionis dan anti-Israel.

Perarakan bermula sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru pada pukul 2.30 petang yang diketuai oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pimpinan kanan Pakatan Rakyat termasuk Lim Kit Siang, Nasharudin Mat Isa, Azmin Ali dan Senator Dr Syed Husin Ali.

Demonstrasi yang penuh semangat itu ke Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak tetapi dihalang Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Peserta walau bagaimanapun tidak mengendahkan halangan pihak keselamatan dan merempuh benteng manusia dan berjaya menruskan perjalanan mengikut laluan ke kedutaan itu.

Kira-kira 200 anggota polis serta tiga trak FRU berada di Kampung Baru dan beberapa lokasi berhampiran bangunan kedutaan Amerika Syarikat di Jalan

Ampang.

Pemimpin Pakatan Rakyat mengingatkan peserta demonstrasi bahawa perhimpunan itu adalah aman.

Sambil membawa bendera gergasi Palestin dan melaungkan takbir dan slogan anti-Zionis, Anwar kemudiannya menyerahkan dua memo kepada pegawai

kedutaan Amerika Syarikat pada kira-kira pukul 3.05 petang.

Satu surat ditujukan kepada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Hussein Obama dan yang kedua memo rumusan persidangan meja bulat anjuran Pakatan

Rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan yang diadakan pada sebelah pagi.

Peserta demonstrasi kemudiannya bersurai dengan aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009