AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, May 27, 2010

Zaid Turun Padang Temui Warga Hulu Selangor


Biarpun tewas pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor baru-baru ini, Bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Zaid Ibrahim tetap turun padang melihat dan memantau keadaan rakyatnya.

Kekalahan lepas tidak sedikitpun mematahkan semangatnya untuk meneruskan perjuangan beliau sebaliknya terus bersama rakyat meninjau permasalahan yang dibelenggu oleh rakyat di situ dari semasa ke semasa.

Ciri-ciri kepimpinan yang ada pada bekas menteri seperti ini yang harus ada pada semua pemimpin biarpun luka lama masih terpahat di hati.

Pada lawatan kerjanya di Estate Nigel Gerdener tengah hari tadi, beliau melawat dua buah keluarga yang terdiri daripada Vintechi Ktwtan yang mempunyai permasalahan sakit katarak dan Ganga Anvalagam yang mempunyai masalah kecacatan pada jarinya.

Beliau berkata akan memanjangkan perkara ini kepada kerajaan negeri dan cuba menyelesaikan perkara ini sebaik mungkin dengan memberikan rawatan dan bantuan yang diperlukan.

“Saya pekerja-pekerja ladang ini gaji terlalu rendah, gaji beri baru bergantung kepada berapa hari baru boleh bekerja, kalau mereka demam, tidak boleh bekerja tiada gaji dan ini sebagai satu contohlah yang saya terima daripada seseorang yang bernama Kanan Chanandran, selepas potong sana, potong sini dia tinggal hanya RM122 sebulan.

“Kalau hujan, tidak sihat dan bekerja untuk dapatkan RM300 pun susah,” katanya.

Katanya kerajaan negeri sentiasa prihatin akan kebajikan rakyatnya dan meminta rakyat tampil ke hadapan menyuarakan permasalahan yang mereka sedang lalui.

Beliau merupakan seorang pemimpin yang sangat prihatin, dari air mukanya jelas tampak kesedihan apabila melihat permasalahan rakyat ini tidak diselesaikan secara baik oleh pimpinan BN sejak sekian lama.

Beliau telah memberi sedikit bantuan bagi meringankan bebanan kedua-dua keluarga pekerja ladang itu.
Zaid berkata, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu bertindak segera mengatasi permasalahan gaji minima.

Beliau berkata, tempoh 10 tahun lalu, kerajaan Bn pernah memberikan janji untuk menaikkan gaji minima pekerja ladang tetapi janji hanya tinggal janji.

Janji kerajaan BN itu masih tidak tertunai dan ini menunjukkan kerajaan hanya memberi harapan palsu kepada semua pekerja ladang di negara ini.

“Kita Pakatan Rakyat menuntut kerajaan Persekutuan lakukan sesuatu, cadangan saya gaji RM1,300 RM1,400, kalau kerajaan tidak setuju pun, mereka perlu berbincang dan saya percaya mereka akan katakan mereka tidak ada wang sebab mereka berbelanja wang kepada perkara-perkara tidak memerlukan,” katanya.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009