AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, May 27, 2010

Pemandu Saran Minyak Naik RM2.60 Seliter


Agensi berita Reuters melaporkan badan penasihat kerajaan, Pemandu, membentangkan usul menaikkan harga petrol bermula dengan kenaikan 15 sen setiap liter dari harga asal, bermula tahun ini.

Harga pasaran bagi petrol gred RON95 buat masa kini pada takat RM1.80 seliter.

Cadangan ini dibentangkan untuk tatapan umum bagi menarik sokongan pengundi menerima kenaikan harga. Menurut Reuters, harga petrol akan dinaikkan bermula tahun ini disusuli dengan kenaikan 10 sen setiap enam bulan antara Januari 2011 hingga Disember 2012.

Badan penasihat itu mensasarkan RM2.60 bagi seliter petrol RON95 menjelang 2015.

Cadangan ini bagaimanapun belum diluluskan kerajaan, yang terdesak untuk mengekang defisit negara yang mencecah paras tertinggi sejak 20 tahun.

Rejim pemotongan subsidi ini juga akan diperluaskan kepada harga tol dan gas.

Kerajaan disarankan menjemput syarikat pengusaha konsesi lebuhraya PLUS dan LDP untuk membincangkan kenaikan harga tol antara 10 hingga 67 peratus.

Manakala harga gas dicadangkan dinaik sebanyak RM3 sehingga enam bulan untuk sektor janaan tenaga, menyebabkan tarif elektrik meningkat 1.6 sen per kilowatt setiap enam bulan.

Bagi makanan pula, Pemandu mencadangkan kerajaan menaikkan 20 sen untuk sekilogram gula setiap enam bulan sehingga 2012. Tepung juga disaran dinaikkan 20 sen sekilogram pada 2010 dan 25 sen pada 2011.

Begitu juga untuk minyak masak, yang dicadang dinaikkan 15 peratus sekilogram pada 2010 dan 2011, dan 5 sen setiap tahun sehingga 2014.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009