AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, May 26, 2010

Pantau Juga Umno Kerana Selewengkan Aqidah Umat Islam


SHAH ALAM 26 Mei - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi menasihatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berhubung isu akidah umat Islam di negara ini.

Pendapat itu disuarakan Nasrudin yang berkata bukan pertubuhan Al Arqam sahaja yang patut dipantau bahkan Umno juga harus dipantau kerana dilihat membahayakan akidah umat Islam.

"Umno sebuah parti yang pada dasarnya memperjuangkan bangsa melebihi agama dilihat lebih membahayakan akidah daripada Al Arqam.

"Umumnya, Umno memisahkan agama dan politik atau lebih dikenali dengan istilah ‘sekular’ yang sentiasa berusaha menjauhkan rakyat mendalami ilmu agama dengan memperbanyakkan hiburan.

"Dalam masa yang sama majlis ilmu yang dianjurkan cuma dalam lingkungan ‘politik sempit’ mereka sahaja," ujar beliau.

Tambahnya, kerajaan yang ditunjangi Umno-Barisan Nasional telah meluluskan lesen judi bola sepak kepada syarikat Berjaya Group yang bukan sahaja untuk Pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010 tetapi turut mendapat lesen pertaruhan empat liga utama dunia iaitu England, Itali, Sepanyol dan Jerman melalui syarikat Ascot Sport yang merupakan pemegang saham utama syarikat perjudian terbesar iaitu Sport Toto Malaysia.

"Bukankah tindakan ini jika dilihat secara teliti boleh memesongkan akidah umat Islam di negara ini?.

"Kalau dikatakan konsert khas anjuran Al Arqam mengundang kontroversi, bagaimana pula dengan konsert ‘Pittbull’ yang berlangsung di Bukit Kiara tempoh hari?.

"Bukankah ‘Jom Heboh’ anjuran TV3 juga telah difatwakan haram tetapi mengapa kerajaan masih membenarkan program itu berlangsung?," soalnya lagi dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Di samping itu, beliau turut mempersoalkan tindakan ahli Umno yang mempertikaikan hukum hudud yang menurutnya boleh menyebabkan akidah seseorang itu tersasar daripada landasan agama.

"Banyak lagi isu lain yang boleh memesong akidah seperti isu arak dan murtad yang kerajaan tidak mampu selesaikan sehingga kini," tambahnya.

Nasrudin mengeluarkan kenyataan tersebut berdasarkan ucapan Muhyiddin semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai pekerja dan pendatang tanpa izin di Putrajaya tempohari yang meminta kerajaan memantau kegiatan bekas pemimpin Al Arqam bagi memastikan pertubuhan yang diharamkan itu tidak dihidupkan semula.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009