AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, May 1, 2010

Pakatan Rakyat Mampu Ulangi Kejayaan 1982 Di Sibu


SIBU 1 Mei - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyeru pengundi Sibu mengulangi sekali lagi kejayaan 1982 apabila parti itu menewaskan Pengerusi SUPP yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak ketika itu, Tan Sri Wong Soon Kai pada pilihan raya kecil 16 Mei depan.

Pada pilihan raya umum 1982, DAP yang diwakili oleh Ling Sie Ming berjaya menewaskan SUPP dengan majoriti 141 undi.

Malah kata Kit Siang jika Pakatan Rakyat menang kerusi Parlimen Sibu,ia bukan sekadar membuak perjalanan politik Sarawak sahaja malah akan turut menggugat penguasaan BN di peringkat persekutuan.

Pakatan Rakyat menamakan Pengerusi DAP Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek, Wong Ho Leng sebagai calon pada PRK Sibu Selasa lalu.

Kerjasama Pakatan Rakyat Sarawak yang dianggotai oleh KEADILAN, DAP,PAS dan SNAP dilihat mampu untuk mengulangi kejayaan 1982 dengan syarat penduduk di Sibu berani membuat perubahan dan ketetapan untuk menolak BN yang cukup lama merampas kekayaan Sarawak kata Ahli Parlimen Ipoh Timur itu.

"Jika meminta rakyat Sibu memberi mandat kepada Pakatan Rakyat, kita akan memulakan kempen "Selamatkan Sarawak" ke bahagian-bahagian lain di Sarawak sebelum diperluaskan ke seluruh negara,"kata Kit Siang pada sidang media di sini baru-baru ini.

Sementara itu Ho Leng berkata pilihan raya kecil Sibu akan menjadi antara perlawanan paling sengit politik di Sarawak kerana BN bukan hanya berdepan dengan DAP,tetapi dengan semua parti dalam gabungan Pakatan Rakyat Sarawak.

"Jika anda tanya saya betapa pentingnya pilihan raya kecil ini,saya akan cakap ia sangat penting dalam kempen "Selamatkan Sarawak"," katanya lagi.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009