AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, May 28, 2010

Ganjaran Wang, Kontrak Untuk Wakil Rakyat Melompat


SHAH ALAM 28 Mei - Ketua umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mendedahkan butiran bagaimana beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat yang bertindak melompat parti telah disogok dengan wang ringgit dan kontrak oleh Umno-Barisan Nasional sebagai ganjaran mereka mengkhianati parti yang mereka anggotai.

"Selama ini acapkali kita mendakwa wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang "melompat" dan bersekongkol dengan Umno-BN di atas nama 'wakil bebas mesra BN' diberikan ganjaran wang dan kontrak.

"Selama itulah mereka belum memberikan sebarang penafian tegas, sebaliknya berdolak dalih mengalih pandangan massa.

"Kini kita telah memperoleh keterangan kukuh bahawa ahli Parlimen ditawar RM2 juta dan ada juga yang mendapat kontrak kerajaan berjuta ringgit nilainya," kata Anwar dalam satu kenyataan beliau hari ini.

Anwar berkata Pakatan Rakyat masih menunggu reaksi mereka yang terbabit dalam tindakan melomnpat parti itu sebelum mendedahkan maklumat kepada umum.

"Yang pasti, keterangan tersebut jelas menggemparkan dan akan membuktikan rasuah politik pimpinan Umno dan agen mereka.

"Maklumat tersebut akan didedahkan kepada umum dalam tempoh terdekat inshaAllah," tegas beliau.


Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009