AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, April 23, 2010

PKR capai sasaran sokongan di Felda Hulu S'gor


Tinggal dua hari lagi tarikh pengundian Ahad ini, PKR mendakwa sudah mencapai sokongan yang disasarkan dari pengundi di gugusan Felda Hulu Selangor. Pegawai penyelaras biro Felda PKR, Suhaimi Said yang mengetuai misi khas memikat kira-kira 7,000 pengundi - kesemuanya di Hulu Bernam - berkata, pihaknya kini sudah mendapat sokongan tambahan lebih daripada 6 peratus. "Di sini kita 'underdog'. Kebanyakan mereka masih tegar dengan BN. Tetapi sebelum ini, kita dapat 22 peratus sokongan. "Kita cuma sasar peningkatan 5 hingga 6 peratus. Ini sudah cukup baik," katanya Ketika ditemui di karnival Felda di Felda Sungai Tengi. Katanya, dengan tenaga 60 petugas khas dari Pahang, PKR hanya perlu terus bertemu dan berkunjung dari rumah ke rumah bagi mengekalkan sokongan. "Program-program lain seperti karnival ini cuma sampingan," katanya merujuk kepada karnival anjuran sebuah NGO Felda pro-Pakatan.

Hari ini dan esok, Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) pimpinan ahli jawatankuasa pusat PAS Mazlan Aliman menganjurkan karnival dan himpunan warga Felda di Sungai Tengi - salah satu kubu Pakatan di Hulu Selangor. Program itu bertujuan menghimpunkan kira-kira 3,000 peneroka dari seluruh negara "bagi menunjukkan kebersamaan peneroka menuntut hak mereka". Bagaimanapun tinjauan dMalaysiakini pada sebelah pagi mendapati aktivitinya - termasuk ceramah dan persembahan nashid - kurang mendapat sambutan, kemungkinan disebabkan acara diadakan pada waktu bekerja. Ditemui Malaysiakini hari ini, Suhaimi berkata, mereka akan terus mengutarakan isu-isu berkaitan pemilkan geran individu dan menolak 'paksaan' sistem penanaman semula oleh Felda. Terdapat empat gugusan Felda di Hulu Bernam: Sungai Tenggi, Sungai Tenggi Selatan, Felda Soeharto dan Gedangsa. Satu lagi di Sungai Besar, Batang Kali. Pakatan bagaimanapun hanya berkubu di Sungai Tenggi dan Sungai Buaya dalam pilihan raya umum lalu.


Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009