HULU SELANGOR 20 APR: Perhimpunan aman membantah pelaksanaan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) akan diadakan di Dataran Merdeka sempena sambutan Hari Pekerja Sedunia pada 1 Mei ini.
Ia menggabungkan parti politik, badan bukan kerajaan dan pelbagai kumpulan masyarakat.
Keputusan mengadakan perhimpunan itu dicapai Jawatankuasa Mei 1 yang terdiri daripada wakil setiap pihak terlibat.
Ia juga bertujuan membuat beberapa tuntutan, antaranya membantah dan mansuhkan GST, mewujud tabung pembuangan pekerja dan cuti bersalin selama 90 hari untuk pekerja wanita.
Bantahan ini dibuat selepas kerajaan Umno Barisan Nasional mengumumkan untuk memperkenal cukai baru kepada rakyat yang dijangka membebankan golongan pekerja berpendapatan sederhana dan rendah.
"Jawatankuasa Mei 1 menganjurkan perhimpunan membantah GST pada tahun ini dengan tema rakyat bantah cukai GST cukai miskinkan rakyat," kata P Nalini, wakil Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT).
Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli pula berjanji untuk memastikan ahli PAS menghantar penyokong mereka untuk menyertai perhimpunan tersebut.
"Perhimpunan 1 Mei ini sendiri memang kita sokong kerana ianya bertepatan dengan pendirian parti kita dan kita akan menggerakkan penyokong kita untuk turut sama berada dalam perhimpunan tersebut," katanya.
Sumber: TVSelangor

0 comments:
Post a Comment