AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, April 29, 2010

KEADILAN Sokong Siasatan Isu Scorpene Di Perancis


PETALING JAYA 29 Apr - Timbalan Presiden KEADILAN, Senator Dr Syed Husin Ali menyatakan sokongan parti terhadap usaha Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bersama tiga peguam Perancis dalam siasatan ke atas isu pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

Walaupun tiada sebarang tindakan diambil oleh kerajaan berhubung dakwaan rasuah dalam pemberian komisyen sebanyak RM540 juta, Dr Syed Husin memuji usaha Suaram yang mengambil inisiatif untuk menyelesaikan pelbagai persoalan yang belum terjawab dalam isu ini.

Beliau juga menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang seolah-olah tidak mengambil berata terhadap isu tersebut.

"Ini adalah satu kes yang sensitif dan pihak SPRM yang sepatutnya memulakan siasatan ini. Telah ada banyak persoalan dan ini melibatkan wang rakyat sebanyak RM534.8 juta. Apa itu bukan jumlah yang meyakinkan? Jika pihak Badan Pencegahan Rasuah (BPR) dulu boleh mengambil inisiatif membuat penyiasatan hingga ke Hong Kong untuk menyelesaikan kes rasuah Tan Sri Eric Chia Eng Hock di Perwaja, kenapa dalam kes ini SPRM tidak mengambil inisiatif yang sama? KEADILAN amat memuji langkah Suaram yang mengutamakan rakyat," kata Dr Syed Husin.

Peguam Perancis, Joseph Breham menyatakan mereka kini sudah mempunyai cukup bukti untuk membawa kes ini ke mahkamah Perancis.

Mahkamah Perancis kata beliau perlu menerima kes ini sebagai satu kes yang mempunyai asas yang kukuh untuk perbicaraan.

Hanya bila kes ini dibawa untuk perbicaraan, Suaram atau mana-mana pihak yang menjalankan siasatan boleh meminta maklumat yang lebih terperinci daripada pihak-pihak yang berkaitan, termasuklah Kerajaan Malaysia berkenaan pembelian kapal selam Scorpene.

Jika perlu, maklumat-maklumat transaksi bank oleh semua pihak terlibat juga perlu dikemukakan untuk siasatan jelas Breham pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

"DCN merupakan satu syarikat yang mempunyai rekod buruk di Perancis di mana ia telah dikaitkan dengan pelbagai isu rasuah antarabangsa, antaranya penjualan kapal-kapal selam ke kerajaan India, dan paling utama ialah kes rasuah penjualan kapal laut tempur jenis 'frigate' kepada kerajaan Taiwan yang akhirnya membawa ke kejatuhan kerajaan Kuomintang Taiwan. Ini sudah cukup untuk mana-mana pihak bagi memulakan siasatan, terutamanya SPRM," katanya lagi.

Pengarah Strategik KEADILAN, Tian Chua berkata dalam isu ini, timbul perbagai persoalan penggunaan dana yang telah banyak kali cuba dibentangkan di Parlimen tetapi, tidak mendapat apa-apa jawapan yang cukup memuaskan.

Sehingga kini, jumlah wang yang dibelanjakan masih menjadi misteri. Siasatan pihak Perancis terhadap syarikat yang menjual kapal-kapal selam ini, DCN menunjukkan jumlah pembelian adalah berjumlah RM4.7 Billion.

Isu kapal selam Scorpene kini dibincangkan secara terbuka di Perancis dengan liputan hampir setiap hari, terutamanya kerana penglibatan syarikat DCN yang terkenal dengan sejarah pemberian rasuah kepada pegawai-pegawai kerajaan.

Di Pakistan, sebutir bom meletup di atas kapal, menyebabkan kesemua penumpangnya maut, termasuk 11 jurutera DCN. Kejadian ini didakwa didalangi oleh pegawai tentera Pakistan yang tidak berpuashati dengan komisyen yang diterima daripada DCN.

"Berkaitan isu Scorpene, pembayaran RM534.8 juta kepada Perimekar Sdn Bhd untuk pembelian kapal selam merupakan satu transaksi yang mencurigakan.

Tambahan pula, pemegang syer terbesar Perimekar ialah isteri kepada Razak Baginda, penasihat politik Najib yang pada masa itu Menteri Pertahanan," kata Tian.


Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009