AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, April 5, 2010

Azan Ismail Fail Saman Utusan RM29 Juta


KUALA LUMPUR 5 APR: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail hari ini memfailkan saman RM 29 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Utusan Malaysia, sebuah akhbar kawalan Umno Barisan Nasional kerana menyiarkan artikel fitnah.

Azan dalam artikel bertarikh 6 Mac 2010 ditohmah, difitnah kononnya bakal meninggalkan perjuangan rakyat yang didukung Parti Keadilan Rakyat.

Beliau menganggap tindakan saman itu perlu kerana kesilapan yang disengajakan dalam menyebarkan maklumat kepada rakyat.

Penyiaran artikel berkenaan menyebabkan Ahli Parlimen Indera Mahkota itu menghadapi berbagai-bagai cemuhan dari kalangan masyarakat yang terpedaya dengan fitnah itu.

Azan menamakan dua defendan iaitu Zulkiflee Bakar sebagai defendan pertama manakala Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebagai defendan kedua.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009