AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, April 29, 2010

Ayam Sabung Najib Dapat Habuan


SHAH ALAM 29 Apr - Perlantikan mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Mohamad Ezam Mohd Nor sebagai Senator adalah ganjaran kepada serangan politik terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim semenjak 10 pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini.

Demikian menurut Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin yangl menyifatkan Ezam tidak mempunyai kredibiliti dan wibawa serta tidak mempunyai jasa kepada negara untuk dilantik sebagai Senator selain berperanan dalam agenda Umno-Barisan Nasional sahaja.

"Ini menjejas dan mencemarkan institusi negara dan bertentangan dengan Perlembagaan Negara kerana beliau tidak ada jasa kepada rakyat dan negara ini.

"Pada saya, ini bentuk suapan dan habuan politik hasil serangan bertubi-tubi beliau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Terbukti Ezam merupakan ayam sabung kepada Datuk Seri Najib Razak," tegas Shamsul lagi kepada Suara Keadilan.

Menurut laporan media, Ezam merupakan salah seorang dari empat yang lain dilantik sebagai Senator termasuk Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel, Pengerusi Eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Presiden Senat, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Isnin depan.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009