Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata sekiranya dakwaan wakil rakyat bebas Zahrain Hashim dapat dibuktikan benar, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh didakwa dibawah Akta Hasutan.
Portal The Malaysian Insider melaporkan Nazri sebagai berkata penggunaan nama Agong seperti yang didakwa Zahrain adalah salah di sisi undang-undang.
Beliau berkata mungkin ada peruntukan tertentu dibawah Akta Hasutan yang boleh digunakan terhadap Anwar Ibrahim.
Sumber: TVSelangor
0 comments:
Post a Comment