AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, March 19, 2010

14 Mei Keputusan Permohonan KJ Ketepi Penghakiman Ingkar Saman Anwar


KUALA LUMPUR, 19 MAC - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 14 Mei ini bagi keputusan permohonan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk mengenepikan penghakiman ingkar yang diperoleh oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnah 100 juta ringgit.

Peguam Sankara Nair berkata, Penolong Kanan Pendaftar, A. Kaveetha menetapkan tarikh itu dalam kamar ketika sebutan kes saman tersebut pagi ini.

Pada 4 Disember 2008, Anwar memperoleh penghakiman ingkar ekoran kegagalan Khairy memasukkan kehadiran.

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman kerana mendakwa Khairy, yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah memfitnahnya.

Anwar selaku plaintif mendakwa pada 20 Februari 2008, Khairy sebagai defendan telah mengucapkan dan menyebabkan penerbitan dalam beberapa laman sesawang termasuk Malaysiakini.com satu rakaman klip video dan telah diterbitkan bersama-sama sebuah artikel.

Artikel yang didakwa merujuk kepada Anwar didakwa diucapkan oleh Khairy dalam sebuah ceramah di Lembah Pantai pada 20 Februari 2008.

Sehubungan itu, Anwar memohon ganti rugi pampasan RM100 juta, ganti rugi teruk, teladan serta injunksi selain faedah lapan peratus, kos dan relif lain yang difikirkan.

Pada 20 Februari tahun lalu, Khairy memfailkan permohonan untuk mengetepikan penghakiman ingkar yang diperoleh oleh Anwar.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009