AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, November 16, 2009

'Penyeludupan' 10 Juta, penjelasan MB dituntut


REMBAU, 16 Nov: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Hj Mohamad Hj Hassan dituntut memberi penjelasan berhubung isu 'Penyeludupan' RM10 juta yang didakwa telah dikirim ke luar negara.

Tuntutan dibuat Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin melalui satu surat terbuka kepada Mohamad Hassan.

Dalam surat bertarikh hari ini, Badrul yang juga Ketua PKR Rembau membawa maklumat Bank Negara Malaysia (BNM) mendapat bukti menunjukkan Mohamad Hassan, melalui Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd (salah satu lesen perniagaan pengurupan wang yang didakwa dibatalkan) telah mengirim sejumlah wang yang bernilai RM10 juta ke London pada tahun 2008.

Menurutnya kegiatan itu juga telah melanggar Akta Pengurupan Wang 1998 iaitu Seksyen 30(1)(b), "… perbuatan yang melibatkan, yang berkaitan dengan, atau sebagai persediaan bagi, pengiriman atau pemindahan dana ke luar Malaysia…" dan; Seksyen 35(b), "memberikan apa-apa maklumat yang palsu dalam sesuatu butir material bagi mana-mana Akta ini".

Berikutan maklumat tersebut, beliau juga memohon dua persoalan berikut yang dianggap besar perlu dijawab.

"Adakah benar YAB Datuk Seri Utama terlibat dalam transaksi seperti maklumat yang diperolehi ? Dan kenapa ia melanggar undang – undang ?

"Bolehkah YAB Datuk Seri Utama secara telus menerangkan dari mana datangnya dana sebanyak RM10 juta dan apakah tujuan transaksi tersebut?" soalnya.

Beliau turut menyeru kepada Gabenor BNM, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz agar menyiasat segera terhadap Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd serta mengumumkan siapa penerima dan pengirim yang berkaitan serta tujuan transaksi yang dijalankan.

"Saya telah hilang kepercayaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun kesempatan ini saya mencabar SPRM (jika ia bukan perkakas regim penguasa) menyiasat segera secara terbuka terhadap punca-punca dana sebanyak RM 10 juta yang dikirim oleh Mohd Hassan dan penerima transaksi yang ditujukan," katanya lagi.

Baliau juga memberitahu satu laporan rasmi juga akan dibuat kepada Jabatan Siasatan Jenayah Kormesial PDRM berkenaan perkara tersebut.

Turut dimuatkan dalam surat tersebut, kes-kes pengiriman wang secara haram pada tahun 2008 dan 2009 dan tindakan yang pernah dikenakan terhadap sebuah syarikat pengurup wang pada tahun 2006..

"Pada tahun 2009, telah berlaku 92 kes yang melanggar seksyen 30 dalam Akta tersebut. Perkembangan ini (pada tahun 2008, 12 kes telah meningkatkan kepada 92 kes pada tahun 2009) adalah satu fenomena yang membimbangkan.

"Ini menunjukkan bahawa pengiriman wang secara haram makin tidak terkawal.

"Manakala maklumat yang ada mendedahkan bahwa BNM mengenakan tindakan terhadap hanya satu pengirim dana yang melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998.

"Pengurupan wang ini telah dikompaun sebanyak RM50,000.00 pada tahun 2006, " katanya.


Surat di bawah telah didedahkan dalam sidang media 16 Nov, 10.30 pagi di Pejabat Keadilan NS dan telah dihantar melalui email, pos dan fax ke Pejabat MBNS.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Badrul Hisham Shaharin
d/a Pusat Khidmat Rakyat Rembau,
No. 390, Taman Seri Rembau,
71300 Rembaun N.Sembilan

Tarikh : 16 November 2009

Kepada

YAB Datuk Seri Utama Hj Mohamad Hj Hassan,
Menteri Besar Negeri Sembilan,
Pejabat Menteri Besar,
Tingkat 5B, Wisma Negeri,
Seremban, N.Sembilan.

YAB Datuk Seri Utama ;

SURAT TERBUKA : MOHON PENJELASAN ISU 'PENYELUDUPAN' RM10 JUTA KE LUAR NEGARA

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Ini bukanlah kali pertama saya menghantar surat kepada YAB Datuk Seri Utama memohon penjelasan mengenai perkara berkepentingan rakyat. Seharusnya menjadi adab asas untuk menjawab surat lebih lagi selaku pemimpin besar di negeri ini. Amat menjadi harapan kesibukan YAB Datuk Seri tidak dijadikan alasan menjawab serta menjelaskan isu penting demi kepentingan rakyat semua atau tindakan tidak menjawab surat dan hanya menafikan secara dangkal di media kerana YAB Datuk Seri sendiri gagal atau tidak punya jawapan untuk bersoalan yang dibangkitkan.

Pada 26 Okt 2009, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan pembatalan sebanyak 20 lesen perniagaan pengurupan wang di bawah Akta Pengurupan Wang 1998. Walaubagaimanapun Bank Negara tidak memberi alasan dan sebab pembatalan lesen-lesen yang dinyatakan.

Antara bukti-bukti diperolehi BNM, didapati maklumat yang menunjukkan Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan melalui Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd (salah satu lesen perniagaan pengurupan wang yang dibatalkan) telah mengirim sejumlah wang yang bernilai RM10 juta ke London pada tahun 2008.

Kegiatan ini telah melanggar Akta Pengurupan Wang 1998 antaranya,

Seksyen 30(1)(b), “… perbuatan yang melibatkan, yang berkaitan dengan, atau sebagai persediaan bagi, pengiriman atau pemindahan dana ke luar Malaysia…” dan;

Seksyen 35(b), “memberikan apa-apa maklumat yang palsu dalam sesuatu butir material bagi mana-mana Akta ini”.

Persoalannya,

  1. Adakah benar YAB Datuk Seri Utama terlibat dalam transaksi seperti maklumat yang diperolehi ? Dan kenapa ia melanggar undang – undang ?

  2. Bolehkah YAB Datuk Seri Utama secara telus menerangkan dari mana datangnya dana sebanyak RM10 juta dan apakah tujuan transaksi tersebut?

Jawapan amat dituntut, khabar ini amat melukakan hati rakyat yang ketika ini teruk dihimpit merintih kerana himpitan hidup.

Amat besar harapan kami rakyat marhaen ini mendengar penjelasan YAB Datuk Seri Utama dalam balasan kepada surat ini. Harapnya YAB Datuk Seri Utama tidak seperti biasa hanya menafikan secara dangkal, mengawal media jangan menyiarkan berita mengenai ini dan kemudian 'terus menyapu ke bawah karpet' isu dibangkitkan.

Melalui surat terbuka ini juga saya juga menyeru kepada Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menyiasat segera terhadap Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd serta mengumumkan siapa penerima dan pengirim yang berkaitan serta tujuan transaksi yang dijalankan.

Saya telah hilang kepercayaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun kesempatan ini saya mencabar SPRM (jika ia bukan perkakas regim penguasa) menyiasat segera secara terbuka terhadap punca-punca dana sebanyak RM 10 juta yang dikirim oleh Mohd Hassan dan penerima transaksi yangditujukan.

Satu laporan rasmi juga akan dibuat kepada Jabatan Siasatan Jenayah Kormesial PDRM berkenaan perkara ini.

Dari maklumat yang saya perolehi, terdapat banyak tokoh-tokoh pernigaan serta ahli-ahli politik sering mengguna langkah ini mengirim dana ke luar negara. Saya percaya dana sedemikian datang dari punca-punca yang melanggar undang-undang.

Perniagaan pengurupan wang merupakan bidang perniagaan yang multi-billion yang kalau di dalam negara ini dilakukan oleh mereka yang dekat dengan kekuasaan regim penguasa.

Pada tahun 2009, telah berlaku 92 kes yang melanggar seksyen 30 dalam Akta tersebut. Perkembangan ini (pada tahun 2008, 12 kes telah meningkatkan kepada 92 kes pada tahun 2009) adalah satu fenomena yang membimbangkan. Ini menunjukkan bahawa pengiriman wang secara haram makin tidak terkawal.

Manakala maklumat yang ada mendedahkan bahwa BNM mengenakan tindakan terhadap hanya satu pengirim dana yang melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998. Pengurupan wang ini telah dikompaun sebanyak RM50,000.00 pada tahun 2006.

Akhir sekali demi kepentingan rakyat harap surat ini mendapat balasan.



BADRUL HISHAM SHAHARIN a.k.a che'GuBard

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN
juga Ketua KEADILAN Rembau

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009