“ Seseorang yang tidak dikenali menyerahkan dua dokumen ini di pejabat saya. Waktu itu saya berada di parlimen. Apabila saya kembali ke pejabat, saya membaca dokumen tersebut. Dan ianya adalah projek di bawah DBKL" ujarnya di hadapan bangunan SPRM Kuala Lumpur.
Berdasarkan kepada dokumen ini, Lip Eng berkata kedua-dua dokumen tersebut mencatatkan nama dua syarikat yang berbeza tetapi apa yang mencurigakan adalah dua entiti ini mengendalikan satu projek yang sama.
Meskipun hanya dibezakan dengan fasa satu dan fasa tiga, namun kedua-dua bill of quantity yang diterimanya mencatatkan persamaan termasuk tarikh kelulusan, lokasi, deskripsi kerja dan dan jumlah pembayaran adalah sama.
Projek bernilai 95 ribu ringgit setiap satu ini dijadualkan bermula 15 Januari 2009 dan siap pada 5 Mac 2009.
Kedua-dua tarikh untuk fasa pertama dan ketiga yang terdapat dalam dokumen tersebut adalah sama.
“ Ianya adalah untuk membaik pulih tanah runtuh dan longkang di Jalan Gallagher Bukit Tunku Kawasan Parlimen Segambut”.
Mengambil langkah selamat, Lip Eng telah turun ke Jalan Gallagher untuk melihat sendiri sama ada terdapat kerja membaik pulih tanah runtuh dan longkang di jalan tersebut.
0 comments:
Post a Comment