Maka bermula lagi..satu putaran tuduhan, taburan fitnah, malah membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim. Kerana ketandusan isu, maka diungkitkan semula kenyataan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara Abdul Murad Khalid, kononnya Anwar mempunyai dana haram RM3 billion. Dakwaan itu bukan baru. Ia lahir pada bibit-bibit awal Anwar dipecat oleh Mahathir Mohamad pada tahun 1998 dan sebahagian daripada perancangan halus untuk mengaibkan Anwar di mata rakyat, selain daripada tuduhan liwat. Namun tuduhan yang dibuat oleh Murad Khalid itu begitu cetek, tanpa bukti dan tidak mampu bertahan jika diuji kesahihannya di mahkamah.
Hakikatnya ialah, jika wujud bukti mengenai wang gelap RM3 bilion, pastinya Anwar masih terperosok di penjara … dan,pihak yang paling gembira jika ia berlaku ialah Umno sendiri. Hakikatnya juga ialah segala rekod Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri (1993-1998) dan lebih penting lagi sebagai Menteri Kewangan (1990-1998 ) tentunya telah diperinci dengan “kanta pembesar” oleh polis dan SPRM (dulunya BPR). Memandangkan Anwar adalah musuh politik utama Umno sekian lama, adakah rakyat harus percaya bahawa polis di bawah telunjuk Mahathir dan kepemimpinan Umno yang mewarisi kekejaman beliau tidak akan menyiasat Anwar ‘hingga ke lubang cacing”?
Yang mendukacitakan ialah Khairy sendiri tidak mempunyai kesungguhan moral atau pun keberanian untuk membuat laporan polis terhadap Anwar berhubung dakwaan RM3 bilion itu. Tugas itu diserahkan kepada Bekas Ketua Pemuda MIC S.Vigneswaran.
Tentunya faktor pendorong ialah pilihanraya kecil Bagan Pinang Ahad ini dan keperluan meraih sokongan pengundi dengan merosakkan kredibiliti Ketua Pembangkang. . Tetapi lebih menjengkelkan ialah sikap akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia dan The Star yang sekali lagi memperbesar-besarkan tuduhan Abdul Murad itu tanpa memberikan fakta sepenuhnya berhubung kenyataan bersumpah itu. Sekali lagi Khairy Jamaluddin dan konco-konconya menjadikan politik murahan melontar tuduhan kosong sebagai pegangan hidup, atas anggapan apa yang diucapkan mereka akan ditelan bulat-bulat oleh rakyat. Untuk rekod disiarkan petikan kenyataan Anwar sejurus selepas Murad membuat tuduhan yang kini digunakan sebagai modal politik Khairy Jamaluddin. Kenyataan ini disiarkan pada 7 November 1999.
Untuk makluman, Umno-BN sehingga sekarang belum bersedia menubuhkan Badan Siasatan Bebas sedemikian, dan tidak ada tanda-tanda ia akan menyahut cabaran Anwar buat masa terdekat ini. Mungkin Khairy boleh menjadikan fakta ini sebagai modal politik baru pada pilihanraya seterusnya? Sekadar cadangan Sumber: tvantara.com |
Arkib Blog
Friday, October 9, 2009
RM3 Billion: Umno Tak Berani Sahut Cabaran Anwar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment