AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, October 7, 2009

Pengundi Berganda: PAS Timbang Tindakan Mahkamah



Pas menimbang kemungkinan mendapatkan perintah mahkamah bagi menunda pilihanraya kecil Bagan Pinang jika Suruhanjaya Pilihanraya enggan menangani isu pengundi berganda, kata Naib Presidennya sallehuddin Ayob.

Menjelang pilihanraya kecil itu pada Ahad depan, PAS mengesan sekurangkurangnya 500 pemilih yang namanya dimasukkan dua kali dalam daftar pemilih, termasuk melalui kad pengenalan tentera.

PAS akan mengadakan mesyuarat dengan SPR petang ini bagi mendapatkan kata putus dari badan itu mengenai isu berkenaan yang telah dibiarkan berlaurutan sekian lama.

sallehuddin berkata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan dibekalkan dengan segala bukti untuk menunjukkan masalah itu serius dan daftar pemilih harus dibersihkan sebelum hari mengundi.

Bagan Pinang mempunyai kira-kira 4,600 undi pos, sebilangan besar merangkumi anggota tentera dan keluarga mereka. Sebelum ini pemerhati politik dan pembangkang membangkitkan ketelusan prosedur undi pos yang memberi banyak kelebihan kepada Barisan Nasional.

Menurut Suara Keadilan, pegawai-pegawai tentera tertinggi mula tampil mempersoalkan ketelusan undi Pos yang merangkumi kumpulan pengundi terbesar pada pilihan raya kecil Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

Pegawai terbabit yang termasuk seorang bekas jeneral, antara lain mendedahkan bagaimana mereka memangkah Barisan Nasional(BN) atas kertas undi untuk anggota tentera di bawah kelolaan mereka. Malah pengakuan itu diberikan kepada Suruhanjaya Pilihan raya baru-baru ini tetapi tiada tindakan diambil.

Prebet Abu Kassim yang bersara sebagai Sarjan, mengaku memangkah BN pada kertas undi pos pada 1980-an.

"Saya bekas tentera. Terlibat dalam pentadbiran. Sayalah yang pangkah dacing pada kertas undi tu. Saya pangkah BN. Banyak tuan," katanya kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz dalam pertemuan pada 28 September lalu.

Bagaimanapun Abdul Aziz mengenepikan aduan itu sebagai "cerita lama" dan tidak memberi sebarang komitmen untuk merombak sistem undi pos yang telah lama memihak kepada Umno-Barisan Nasional.

Dalam pada itu seorang bekas Jeneral Angkatan Tentera Malaysia yang bergelar Datuk mendakwa beliau sekian lama dicatatkan sebagai telah mengundi tetapi hakikatnya tidak berpeluang memangkah kertas undi ketika berjuang di perbatasan.

Sumber: Harakah Daily

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009