Pintu kereta tersebut disembur dengan sejenis cat dengan tulisan.
Perbuatan provakasi itu didakwa dilakukan oleh jentera parti Umno-BN ala-samseng sekitar jam 4.00 pagi di lokasi tertentu dalam kawasan pilihan raya kecil tersebut pada 9 Oktober 2009.
Pemandunya, Encik Hazim Ismail, 52, menyifatkan tindakan Umno-BN cuba mencetuskan provokasi agar PAS bertindak balas.
Ini kerana, katanya beberapa siri keganasan dan tindakan melampau petugas Umno-BN terhadap petugas PAS dan Pakatan Rakyat sekadar mempertahankan diri.
"Umno cuba buat provokasi lagi pada hari-hari terakhir berkempen termasuk mereka (Umno-BN) menconteng kereta Usyaz Abu Bakar Chik ini.
"Banyak siri-siri keganasan petugas Umno-BN terhadap petugas PAS dan kita (PAS) hanya sekadar mempertahankan diri sahaja," jelasnya.
Beliau turut melahirkan rasa kebimbangan tahap keselamatan kerana banyak perbuatan melampau jentera Umno-BN tidak ada tindakan polis.
Sumber: Harakah Daily
0 comments:
Post a Comment