AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, September 17, 2009

Tol Percuma Tidak Beri Kesan : Shamsul Iskandar



Angkatan Muda Keadilan hari ini mempersoalkan kebijaksanaan pengendali lebuhraya tidak mengenakan tol kepada sebarang kenderaan pada 18 dan 24 september ini sempena musim perayaan.

Laluan percuma itu adalah untuk pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dari pukul 12 malam hingga 5 pagi.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin berkata pemberian laluan percuma pada tarikh-tarikh berkenaan tidak akan berkesan untuk mengurangkan kesesakan di lebuh raya malah memburukkan lagi keadaan.

Banyak komen terumanya dari Facebook tentang isu tol ini. Satu pandangan yang menarik hati saya dan pandangan saya, apabila mereka menyatakan pemberian tol percuma ini tidak boleh menyelesaikan masalah kesesakan. Ini kerana kecenderungan masyarakat, orang Melayu bila ada tol free mereka mereka akan balik pada masa, pada tarikh itu" ujarnya.

Pemberian tol percuma berkenaan meliputi semua kelas kenderaan sama ada kereta, bas mahupun lori.

Ini bermakna, kenderaan kelas pertama seperti kereta bakal menikmati pengecualian maksimum iaitu 29 ringgit sehala dari Plaza Tol Gombak hingga ke Plaza Tol Jabor di Kemaman, Terengganu dan sebaliknya.

Shamsul menegaskan kerajaan mempunyai banyak lagi pilihan yang lebih berkesan untuk memastikan penjimatan bagi pengguna lebuhraya dan pada masa sama mengurangkan kesesakan lalu lintas.

"Maka kesesakan jalan raya tidak boleh diatasi dengan cara tol percuma. Pandangan kawan-kawan saya yang ingin saya kongsi dari Facebook, mereka beritahu apa salahnya beri diskaun yang munasabah kepada mereka yang balik beberapa hari sebelum. Boleh bermula pada 16, 17 diberikan diskaun 20 peratus, 30 peratus supaya mereka boleh dapat manfaat. Mereka yang balik pada waktu itu akan dapat manfaat, mereka boleh mengambil itu sebagai satu langkah untuk pulang lebih awal dan tidak tunggu 18 hari bulan" tambahnya lagi.

Tol percuma itu di umumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MTD, Datuk Azmil Khalid.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009