Afidavit tersebut ditandatangani Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam pada jam 4 petang semalam.
Afidavit itu bertujuan menentang permohonan yang difailkan oleh Peguam Negara dan menyokong permohonan kerajaan negeri untuk membatalkan tindakan Peguam Negara melalui satu Saman Dalam Kamar yang juga difailkan kelmarin.
Afidavit setebal 55 muka surat antara lain menyatakan bahawa pekeliling bertarikh 28 Julai 2008 telah dikeluarkan dan mendapat nasihat daripada Penasihat Undang-undang Negeri dan dikeluarkan bagi tujuan membantu siasatan SPRM dan bukan sebaliknya.
Tan Sri Khalid dalam afidavit tersebut berkata, Peguam Negara tidak mempunyai hak memulakan prosiding (locus standi) untuk memfailkan permohanan tersebut kerana pekeliling tersebut hanya berkait langsung dengan SPRM, sebuah badan berkanun dan bukan Peguam Negara.
Sumber: Selangorkini
0 comments:
Post a Comment