AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, September 4, 2009

Suruhanjaya Terbuka Siasat Pentadbiran SPRM

Pentadbiran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dibincangkan dalam satu Suruhanjaya Terbuka bagi membetulkan fungsi dan peranan mereka.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pentadbiran dan kaedah siasatan yang diguna pakai oleh badan ini sangat lemah, berbanding Negara lain dan ia perlu diperbaiki.

“Kita telah mencipta satu institusi yang mana tidak ditadbir dengan baik dan cara penyelidikan sangat lemah berbanding Negara yang berjaya sebagai contoh kita tengok rating, New Zealand, Findland utama kedua manakala rating Malaysia ke 47, banyak kelemahan perlu diatasi. Adalah patut kita bincangkan dalam suruhanjaya terbuka bagi membetulkan pentadbiran SPRM ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Tvselangor menerusi program Bincang-bincang Khas di Pejabat Menteri, semalam.

Tan Sri Khalid berkata, kelemahan SPRM ialah di segi perlaksanaan undang-undang dan mereka juga tidak mengetahui keutamaan sesuatu kes yang harus di siasat.

Katanya, SPRM menunjukan kecetekan ilmu dalam menyiasat kes yang bernilai lebih kecil, berbanding yang berjumlah jutaan ringgit dan tidak dapat menilai keutamaan sesebuah kes untuk disiasat.

“Apa yang jelas ialah perlaksanaan dari undang-undang tersebut, saya lihat terdapat kelemahan yang sangat besar dari segi perlaksanaan, jika tujuan untuk membendung rasuah, sudah tentulah SPRM yang dipilih dengan kepakaran, tetapi kita mesti ada keutamaan iaitu lebih besar kesan rasuah itu berlaku, lebih banyak tumpuan dibuat oleh SPRM,

“Mereka perlu beri keutamaan, itu diberi keutamaan, tepi kalau rasuah dicari melibatkan beberapa 2.3ribu membiarkan beratus juta yang telah diberitahu itu memperlihatkan pengurusan itu cetek ilmunya, tidak reti tentang keutamaan,” katanya.

SPRM katanya, banyak menghabiskan masa menyiasat penyelewengan yang remeh, namun membiarkan kejadian rasuah atau penyelewengan besar, berterusan seperti Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membabitkan billion ringgit dana rakyat serta peruntukan Adun Barisan Nasional kira-kira setengah juta ringgit, yang dihabiskan dalam tempoh tidak sampai 3 bulan.

Sumber: tvselangor.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009