AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, September 11, 2009

Selcat : RM10 Juta Peruntukan Prasarana Daerah Gombak Digunakan Untuk Kempen Pilihanraya


SHAH ALAM, 11 September - Sejumlah 10 juta ringgit bagi peruntukan prasarana Dun kawasan Gombak mungkin digunakan sebagai dana kempen pilihanraya umum pada Mac tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Teng Chang Kim berkata, dana itu diluluskan kerajaan negeri sebelum menjelang pilihan raya, dan dihabiskan dalam tempoh dua bulan sebelum pembubaran dewan.

“Keterangan dari Pegawai Daerah Gombak tadi adalah jelas 10 juta ringgit untuk setiap daerah yang telah diperuntukkan untuk prasarana bagi tahun 2007 itu adalah berujuan digunakan menjelang pilihanraya umum 2008, bagi kami itu adalah satu penyalahgunaan kuasa dan dana kerajaan, kerana kegunaannya lebih menjurus kepada kempen pilihanraya umum,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi pendengaran awam Selcat di Dewan Annex, bangunan SUK ditangguhkan.

Kata Teng, sepatutnya pemberian peruntukan 10 juta ringgit itu di bentangkan di sidang dewan negeri bagi memastikan pengagihan dilakukan lebih terancang, adil dan saksama.

“Sepatutnya semua peruntukan itu harus dibentangkan di dewan supaya maksud penggunaan itu jelas dan digunakan dengan terancang, tapi apa yang jadi 10 juta itu diberikan kepada setiap daerah tetapi di bawah setiap daerah kawasan dewan undangan negeri adalah berlainan, seperti yang kita lihat tadi di Gombak cuma ada lima kawasan Dun, petaling ada 13 Dun, Klang ada 9 Dun, jadi beerti peruntukan itu tidak diagihkan dengan adil dan saksama,” katanya.

Disamping itu, Teng menyifatkan tindakan pejabat daerah meluluskan permohonan peruntukan tanpa menyemak butir program tidak wajar kerana mungkin akan berlaku penyalahgunaan.

Selcat hari ini memanggil Pegawai Daerah Gombak, Huzaini Samsi untuk memberi keterangan pada sesi pendengaran awam berhubung isu peruntukan enam DUN Barisan Nasional di daerah Gombak sejak dari Februari sehingga Mac.

Enam Dun tersebut adalah Batu Caves, Gombak Setia, Hulu Kelang, Kuang, Taman Templer dan Rawang.

Sejumlah hampir tiga juta ringgit wang peruntukan habis dibelanjakan dalam tempoh satu bulan setengah, sebelum menjelang pilihanraya umum Mac tahun lalu dengan 888 permohonan.

Disamping itu, ketika sesi pendengaran awam berlangsung, Teng turut musykil dengan kenyataan Bekas Ketua Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Gombak yang kini Ketua Penolong Pegawai Pembangunan Daeah Sepang, Tahir Bujang, meluluskan permohonan dalam masa hanya seminit.

Katanya, perkara itu luarbiasa kerana sepatutnya, surat permohonan itu perlu disemak terlebih dahulu, sebelum memberi kelulusan.

“Saya keliru sekarang ni, berapa lama masa sebenarnya diambil untuk satu permohonan sehingga keluar cek?. Dalam satu minit sahaja boleh selesai, sangat mengkagumkan. Tak semak dahulukah permohonan tu? Satu minit sahaja boleh siap?,” katanya.

Sumber: tvselangor.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009