AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, September 7, 2009

Pewaris nafi punca kesesakan sekitar kuil

Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) menafikan kawasan lapang miliknya yang dimajukan bersebelahan kuil Sri Maha Mariamman di Seksyen 19, Shah Alam punca kesesakan lalulintas di kawasan itu seperti yang didakwa pihak pengurusan kuil berkenaan.

NONEJurucakap gabungan NGO Melayu itu berkata isu kesesakan tidak timbul kerana penganut Hindu yang datang beribadat di situ masih boleh meletakkan kenderaan di jalan-jalan sekitar kejiranan tersebut.

Datuk Nadzim Johan memberitahu Malaysiakini hari ini, Pewaris bertanggungjawab memagar sebahagian daripada tanah yang terletak bersebelahan dengan kuil lama yang ingin dipindahkan ke Seksyen 23 Shah Alam – yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini – untuk kegunaan riadah dan aktiviti penduduk sekitar.

"Bila kita dah pagar, mereka masih boleh letak kereta di jalan-jalan," katanya, yang juga setiausaha kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), satu anggota gabungan Pewaris.

Tambahnya, walaupun tidak diberi kuasa, mereka berhak membenarkan tanah berkenaan digunakan untuk aktiviti penduduk di kawasan tersebut kerana kuil di situ juga menduduki tapak berkenaan tanpa kebenaran.

"Tanah ini kita serahkan kepada penduduk di kawasan ini untuk mereka buat aktiviti riadah, perjumpaan atau kenduri," kata Nadzim.

"Tanah itu memang milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kita cuma pinjam tanah itu untuk kegunaan penduduk. Kuil itupun pinjam tanah PKNS."

NONETinjauan Malaysiakini ke tapak kuil berkenaan baru-baru ini mendapati sekeping tanah yang terletak bersebelahan kuil tersebut telah dipagar dengan kepingan zink.

Satu papan tanda di luar kawasan berpagar itu menyatakan bahawa tanah tersebut dirasmikan sebagai "Tapak Gelanggang Pewaris" pada awal tahun ini.

"Kita juga tidak mahu nanti ia besarkan lagi kuil itu di sini, sebab itu kita pagar," katanya ketika dihubungi.

Pengurusan kuil Sri Maha Mariamman itu pula mendakwa, kesesakan timbul apabila tapak letak kereta bagi kuil itu ini telah dipagar oleh Pewaris, sejak awal tahun ini, kerana penganutnya terpaksa meletakkan kenderaan di tepi-tepi jalan di seksyen berkenaan.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009