AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, September 3, 2009

Perobohan Bermula, Penduduk Akur Ketetapan Mahkamah



Perobohan Kampung Buah Pala bermula sebaik sahaja penduduk akur kepada ketetapan mahkamah bahawa pemaju, Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd, boleh merobohkan penempatan itu.

Kerja-kerja perobohan bermula apabila seorang penduduk, S. Saravanan, bersetuju dengan pampasan sebuah rumah teres dua tingkat mencecah RM500,000 lalu menyerahkan kunci rumahnya kepada pemaju.

Tindakan Saravanan bagaimanapun tidak disenangi penduduk Kampung Buah Pala. Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Buah Pala (PPKBP) M Sugumaran membidas Saravanan sebagai bukan sebahagian dari majoriti penduduk.

Sugumaran dan PPKBP dalam kenyataan tergempar malam semalam menolak sebarang bentuk tawaran dan pampasan dari kerajaan negeri mahupun pemaju. Mereka mahukan tanah itu.

Selain dari Saravanan, seorang lagi penduduk, K Shanmugam, 60, bersetuju untuk menerima pampasan tersebut dengan syarat pemaju membenarkan hanya beliau yang merobohkan rumahnya.

Setakat ini, kira-kira 24 warga Kampung Buah Pala bersetuju menerima pampasan rumah teres dua tingkat dari Nusmetro.
Menurut PPKPB, pihak Kerajaan Negeri melalui Timbalan Menteri II, YB Prof. Ramasamy telah menawarkan RM8000 pampasan ex-gratia bagi penduduk meninggalkan kampung tersebut dan perbincangan akan diadakan selepas perobohan kampung.

Meskipun sebelum ini penduduk bersetuju untuk tidak menimbulkan kekecohan pada hari perobohan, kira-kira 15 orang telah ditahan polis termasuk peguam Darshan Singh Khaira, apabila penduduk membentuk perisai manusia menghalang perobohan dari diteruskan.

Ketegangan bagaimanapun reda apabila Setiausaha PPKBP C Tharmaraj meminta penduduk supaya bertenang.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009