Menteri Dalam Negeri melanjutkan kontrak Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara untuk setahun lagi sehingga September 2010, disebalik pertuduhan salahguna kuasa, dikaitkan kepada sindiket kongsi gelap, dan kegagalan mencantas indeks jenayah kebangsaan dengan berkesan. Beliau yang telah berkhidmat selama 38 tahun bersama Polis Diraja Malaysia ditetapkan bersara pada September 2007. Namun perkhidmatan beliau dilanjutkan untuk dua tahun yang dijadualkan tamat September 13 tahun ini. Musa menyertai pasukan polis pada 11 November 1969. Beliau telah memegang beberapa jawatan penting termasuk Pengarah Jabatan Narkotik Bukit Aman pada 1981 dan Pensyarah di Kolej Polis Kuala Kubu Bharu pada 1986. Beliau pernah menjadi Ketua Polis Johor pada 2003 dan pada 2004 dilantik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah sebelum dijadikan Timbalan Ketua Polis Negara setahun kemudian. Musa menggantikan Tan Sri Mohamed Bakri Omar sebagai Ketua Polis Negara pada September 2006. Musa menerjah ke dada akhbar 11 tahun lalu ekoran pembabitan beliau dalam konspirasi politik terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Beliau dituduh merekacipta bukti dalam kes 'mata lebam' Anwar Ibrahim 1998. Pada Julai 2007, Peguam Negara Gani Patail juga mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menutup semua siasatan yang mengaitkan Musa kepada pembebasan tiga anggota sindiket judi haram. Musa juga berhadapan dengan beberapa dokumen akuan bersumpah yang mendedahkan hubungannya kepada sindiket kongsi gelap. Sumber: tvantara.com |
Arkib Blog
Thursday, September 3, 2009
Musa Hassan Kekal IGP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment