AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, September 11, 2009

DAP buka cawangan Melayu dengan ketuanya Melayu

PUCHONG, 11 Sept: Ketika PAS berusaha mendekati orang bukan Islam, DAP pula mencipta sejarah baru-baru ini apabila membuka sebuah cawangan yang ahlinya adalah majoriti Melayu di samping mempunyai ketua dari kalangan orang Melayu.

Cawangan itu dibuka di Kampung Lembah Kinrara dalam Parlimen Puchong yang diwakili oleh Teresa Kok.

Setiausaha Publisiti DAP Pusat, Tony Phua ketika bercakap dalam majlis itu berkata, "Jangan fikir DAP akan meminggirkan Melayu dalam parti ini.

"Kalau ada yang layak, kita akan lantik Setiausaha Agung di kalangan orang Melayu," kata Tony yang merupakan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara.

Beliau memberikan contoh Tunku Abdul Aziz yang menyertai DAP.

Image(Gambar:Ketua cawangan DAP Kampung Lembah Kinrara menyerah borang DAP kepada Teresa)

"Sebaik sahaja dia menyertai DAP, dia telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan," katanya.

Di majlis itu, ketua cawangan DAP di kalangan orang Melayu itu menyerah 50 borang lengkap yang diisi oleh orang Melayu di cawangan itu.

Seorang ahli DAP yang baru, Saiful Alimin berkata, menyertai DAP bukanlah satu perkara yang senang bagi orang Melayu seperti beliau.

"DAP dianggap parti sosialis. Orang Melayu beranggapan, sosialis adalah sama dengan komunis. Tetapi sebenarnya, sosialis jauh lebih dekat dengan sistem politik Islam. Inilah sistem yang menyekat dari ketidakadilan. Semua perubahan adalah untuk kebaikan bukan untuk rasuah," kata Saiful yang berucap di majlis itu.

ImageAhli Majlis Daerah Kuala Selangor, Azli Idris (gambar) berkata, dia adalah satu-satunya ahli majlis daerah itu dari kalangan DAP.

"Bila saya menghadiri mesyuarat dan program di Kuala selangor, saya pakai songkok. Orang selalu tanya, saya ahli majlis dari PAS atau PKR tetapi saya dengan bangganya berkaya, saya dari DAP," kata Azli di majlis itu.

Di majlis itu, Teresa telah meraikan ahli-ahli baru itu dalam majlis berbuka puasa dengan mereka.

Sumber: Harakah Daily


0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009