AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, September 8, 2009

BN ROMPAK RIZAB EMAS NEGARA KEPUNYAAN RAKYAT



Rizab emas Malaysia yang menjadi antara pengukur utama kekuatan ringgit kini susut dengan teruk dan menimbulkan kebimbangan di kalangan pakar ekonomi mengenai kedudukan kewangan negara.

Rizab emas itu telah merundum kepada hanya 12 tan sahaja sehingga 31 Julai 2009 berbanding 72.7 tan, menurut statistik Bank Negara Malaysia dan data antarabangsa.

Penyusutan mendadak itu dikatakan memaksa Kementerin Kewangan mengarahkan Bank Negara untuk hanya mengisthiarkan simpanan emas negara dalam bentuk nilai matawang dolar Amerika ialah AS379 juta (RM1.1.35 bilion) dan tidak lagi dalam bentuk kuantiti.

Nilai emas pada pasaran antarabangsa pada 3 September ialah USD980 atau hampir RM3,500 setiap aun.

Menurut laman web Jabatan Perdagangan dan Industri Afrika Selatan, www.thedti.gov.za yang memperolehi data daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Malaysia mempunyai 72.7 tan atau 2.34 juta aun emas antara 1990 hingga Julai 1999.

Walau bagaimanapun pegangan rizab BNM turun secara mendadak setelah Menteri Kewangan Anwar Ibrahim di pecat dari Kerajaan dan Umno. Tidak lama selepas itu, kerajaan Umno-BN menjual separuh daripada simpanan emas itu, menyebabkan jumlah itu susut kepada 36.3 tan atau 1.17 juta aun pada Ogos 1999.

Perubahan drastik ini bermakna BN telah menjual rizab emas negara sebanyak 60.7 tan atau 1.95 juta aun sepanjang tempoh 19 tahun lalu bernilai lebih USD1.91 bilion atau RM6.83 bilion.

Simpanan emas itu terus menurun sehingga mencapai tahap paling rendah sejak tempoh 20 tahun iaitu 12 tan.

Sehingga ini, tidak ada usaha dibuat oleh Umno-BN untuk mengesan wang hasil penjualan emas itu atau menyiasat pihak yang terbabit.

Lebih mengelirukan lagi rakyat tidak diberikan maklumat tepat mengenai kedudukan sebenar rizab emas negara kerana Bank Negara melonggokkan nilai emas itu bersama "gold swapped" atau emas yang ditukar.

Ini bermaksud walaupun dalam rekod rasmi Malaysia mempunyai simpanan 12 tan emas, rizab itu "dipinjamkan" kepada negara ketiga dan tidak berada dalam simpanan Bank Negara.

Langkah "meminjamkan" rizab emas negara kepada negara luar membolehkan Bank Negara mendaptkan pulangan pada kadar 1 peratus setahun atas nilai emas yang dipinjam.

"Amalan ini amat merbahaya kerana apa pun boleh berlaku jadi sekiranya rezab emas negara tidak dapat dipulangkan kepada Malaysia disebabkan negara yang meminjam telah menggunakan kesemuanya dan tidak mampu untuk mengembalikannya setelah habis tempoh kontrak,' kata seorang pakar eknomi yang tidak mahu dikenali.

"Ini mungkin berlaku sekiranya negara peminjam menghadapi kegawatan ekonomi seperti yang dihadapi oleh dunia sekarang. Akhirnya rezab emas negara hanya tinggal sebagai butiran pada kertas sahaja," kata beliau.

Pendekatan Bank Negara menyatakan simpanan emas negara hanya dalam bentuk nilai dan bukan berat fizikal boleh memberi gambaran salah terhadap status simpanan itu.

Nilai rizab tidak banyak berubah pada purata USD293 juta antara Jan 2006 dan September 2008 walaupun harga emas pada pasaran dunia turun naik.

Ini bererti pada purata USD293 juta nilai rizab emas pada 27 Jan 2006 BNM mampu membeli 18.5 tan emas tetapi pada nilai rizab yang sama pada 30 Sept 2008 emas yang boleh dibeli ialah 10.7 tan.

Kesimpulannya langkah BNM mencatatkan rizab emas negara hanya pada nilai matawang adalah tidak tepat tanpa menyatakan dengan jelas harga emas semasa.

Namun yang lebih parah, ialah ketirisan ekonomi negara yang disengajakan oleh Umno-BN sehingga menyebabkan rizab emas negara yang menjadi kemegahan Malaysia pada satu ketika, kini hampir luput sama sekali.

Rizab emas untuk beli kapal perang

Menurut laporan akhbar The Wall Street Journal bertarikh 9 Mei 2005, kerajaan Malaysia bercadang menggunakan rizab emas negara untuk membeli kapal perang dan peralatan tentera daripada BAE Systems PLC bernilai 1 bilion paun (guna symbol paun) atau RM6.8 bilion.

Langkah yang dianggap pelik itu melibatkan penggunaan rizab emas sebagai jaminan kepada urusniaga tersebut.

Sebelum itu Bank Negara Malaysia dikritik hebat kerana pernah mengalami kerugian besar kira-kira USD4 bilion pada awal 1990an berikutan penggunaan rizab matawang dalam perdagangan matanwang antarabangsa.

Statistik BNM menunjukkan negara mempunyai rizab emas bernilai USD66 bilion atau RM250 bilion. Laporan itu juga menyatakan sekiranya perjanjian pembelian senjata itu diteruskan Malaysia akan menyandarkan hampir 2.8 peratus daripada nilai rizab emas negara.

Urusan berkaitan kontrak tersebut dikendalikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan ketika itu, Najib Razak yang kini menjadi Perdana Menteri.

Emas berperanan penting dalam ekonomi dunia

Emas memainkan peranan penting di dalam sistem kewangan antarabangsa sehingga runtuhnya sistem Bretton Woods pada 1973 yang berlandaskan kepada kadar pertukaran tetap.

Sejak daripada itu fungsi emas sedikit sebanyak telah terhakis tetapi ia masih menjadi aset penting dalam rizab banyak negara termasuk Malaysia.

Tabung Kewangan Antabangsa (IMF) contohnya mempunyai salah satu simpanan emas terbesar dunia sebanyak 103.4 juta aun atau 3,217 metrik tan dengan nilaian USD94.8 bilion pada 31 Mach 2009.

Pegangan emas di seluruh dunia dianggarkan berjumlah 150,000 tan dengan Amerika Syarikat muncul sebagai negara yang mempunyai rizab emas paling besar iaitu 8,133.5 tan.

Berbeza dengan sistem kewangan Islam yang berpaksikan kepada emas sebagai tukaran matawang, ruang lingkup sistem kewangan dan perbankan global kini tidak lagi menggunakan komoditi sebenar seperti emas atau perak sebagai sandaran.

Menyedari kesan daripada krisis matawang mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sendiri menyarankan pada 2001 penggunaan dinar emas, khususnya bagi urusan perniagaan antarabangsa.

Ia bertujuan membayar jumlah perdagangan dua negara ataupun berbilang negara sekali gus mengelakkan risiko kerugian di dalam urus niaga mata wang. Dengan kaedah ini emas akan digunakan sebagai media pertukaran dan unit akaun berbanding mata wang negara terbabit.

Namun tindakan bingkas Umno-BN menjual rizab emas negara dengan sewenang-wenangnya mungkin menyebabkan cadangan menggunakan dinar emas itu tinggal begitu sahaja.

Sumber:Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009