AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, September 15, 2009

Anwar: Pertahan Selangor Umpama Genggam Bara Api



Pilihan raya ke 12 menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya menawan lima buah negeri di Semenanjung tanahair. Kemenangan demi kemenangan dalam pilihanraya kecil pasca PRU12 menguatkan lagi kedudukan gagasan kerajaan alternatif ini.

Namun seteru Pakatan Rakyat sentiasa merencana agenda merampas kembali tanah yang hilang dari genggaman mereka. Bermula dengan Perak, jentera Umno-BN menyusup masuk ke negeri-negeri lain khususnya Selangor - satu-satunya kerajaan yang diperintah pencabar utamanya, Parti Keadilan Rakyat.

Dalam satu ucapan beliau di Klang, Ketua Umum Anwar Ibrahim berkata PKR akan mempertahankan Selangor atas nama rakyat marhaen dari pencerobohan Umno-BN.

“Kita berterima kasih kepada rakyat, siapa jangka kita boleh pukul kuat sehingga tumbang kerajaan-kerajaan negeri termasuk di Selangor dan oleh kerana Selangor jatuhlah, maka pemimpin Umno dan Perdana Menteri sekarang, dia tidak lepas lagi marahnya.

“Negeri lain dia mungkin tidak marah, Kelantan, Penang ok tapi Selangor tidak. Saya hendak bagi tahu Datuk Najib, ya atau tidak? Boleh atau tidak? Bukan awak yang tentukan tetapi Selangor yang tentukan,” katanya.

Beliau turut memperingatkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar tidak membuat tindakan di luar batasan sehingga boleh membangkitkan kemarahan rakyat kerana amarah orang-orang kecil di bawah tidak berpenghujung.

“Okay, dia kata hendak rampas Selangor macam hendak rampas Perak. Najib, dengar abang kamu nak bagi nasihat, jangan kamu ingat boleh pisang berbuah dua kali, jangan kamu ingat boleh rampas Selangor sewenang-wenangnya.

“Kita akan bangkit dan kalau kamu buat begitu, kita akan bangun dan pertahan habis-habisan negeri Selangor, kita pertahan untuk apa? Kerana saya pertahan untuk elaun, saya hendak tanah, projek dan sekarang saya ketua PR, inilah peluang saya hendak dapatkan tanah di
Selangor.

“Tapi itu bukan tujuan kita, kita larang Menteri Besar PR, Tan Sri Khalid, Ustaz Azizan, Tok guru Nik Aziz lagi la lebih-lebih kenal, Lim Guang Eng Pulau Pinang tidak boleh ambil,” katanya.

Anwar berkata bagaimana pemimpin Umno BN hendak menjadi pemimpin negara sekiranya kebanyakan mereka dipalit dengan pelbagai penyalahgunaan harta kerajaan dan kepentingan rakyat.

“Saya kata beza dia macam mana kita lihat negara kita. Umno kata dia Ketuanan Melayu, dia tolong Melayu. Saya hendak tanya mereka. AP sepuluh tahun berapa puluh billion.

“Angkat tangan siapa dapat Approve Permit? Tiada siapa pun yang dapat. Yang dapat siapa, bukan orang Melayu, bukan orang India atau orang bawah ni tidak tetapi pemimpin, isteri, anak, menantu dan kroni-kroni dia, kita kena sokong dia kerana apa, kerana tanah Melayu kita, kerana darah kita dan kerana keris kita, apakah ini semuanya,” katanya.

Melintang patah, membujur lalu, Anwar berjanji kepada rakyat Selangor bahawa PKR akan pertahan Selangor umpama menggenggam bara api.

“We will fight, we will never surrender, ” katanya.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009