Bagi membetulkan keadaan Wan Hassan mengesa rakyat Terengganu agar bersikap berani menolak Umno secara menyeluruh pada pilihanraya umum akan datang bagi membentuk kerajaan negeri Terengganu yang aman dan stabil dibawah pemerintahan Islam yang menyeluruh.
Beliau dipercayai mengulas apa yang berlaku di Terengganu sekarang. Baru-baru ini, majoriti Adun Umno memboikot majlis yang dihadiri Timbalan Presiden mereka sendiri, Tan Sri Muhyidin Yasin di Kuala Berang.
Ini kerana majlis itu dianjurkan oleh kem Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
Sebuah laman web melaporkan, sembilan dari mereka bercadang untuk keluar dari Umno bagi menyertai PKR dan membentuk kerajaan baru dengan PAS.
Namun sehingga kini belum menjadi kenyataan. Seorang pemimpin kanan PAS Terengganu berkata, para Adun Umno ini penakut sebenarnya.
Kesan dari apa yang berlaku dalam Umno ini, apapun tidak dapat berjalan di Terengganu sekarang.
"Rakyat Terengganu sudah ada penilaian untuk dibuat perbandingan semasa pemerintahan PAS dahulu dengan apa yang berlaku sekarang. Perbalahan yang berlaku dalam pemerintahan Umno ini bukan kerana nak jaga rakyat tetapi untuk berebut jawatan bagi mengisi perut masing-masing.
"Sebab itu kita percaya perbalahan dalam Umno Terengganu ini tidak akan dapat diselesaikan. Malahan, keadaan berpuak-puak itu bertambah menebal yang Umno tidak ada formula penyelesaian sama sekali," kata Wan Hassan sewaktu berceramah di Markaz PAS Seberang Temerloh, dekat sini, semalam.
Tambah Wan Hassan rakyat Terengganu kini berada dalam kesusahan kerana kerajaan yang dipilih tidak dapat memberikan fokus bagaimana cara untuk mengatasi masalah rakyat yang miskin kerana perbalahan yang berpanjangan.
Sumber: Harakah Daily
0 comments:
Post a Comment