Setiausaha Parlimen, Datuk Roosme Hamzah memfailkan Selasa lalu afidavit menjawab saman ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo terhadap penggantungannya daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama setahun.
Roosme, dalam afidavit tersebut, mencabar dakwaan Gobind bahawa penggantungannya itu adalah tidak sah dan terbatal.
Afidavit itu juga difailkan bagi pihak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.
Februari lalu, ahli parlimen Puchong itu digantung tanpa dibayar elaun dan ganjaran kerana ucapannya di dewan mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Dalam samannya, Gobind memohon penggantungannya sebagai ahli parlimen pada 16 Mac lalu, diisytiharkan tidak sah dan terbatal.
Beliau juga memohon agar surat pemakluman penggantungannya, yang ditandatangani oleh Roosmee dan arahan dalam surat tersebut, tidak boleh dikuatkuasakan.
Gobind juga memohon pengisytiharan supaya disambung semula pemberian ganjaran dan faedah-faedah lain yang layak diterima oleh ahli parlimen mengikut Artikel 64 Perlembagaan Persekutuan.
Sumber: tvantara.com
0 comments:
Post a Comment