KENYATAAN MEDIA
KETUA AMK BAHAGIAN KOTA RAJA
ISU 3 ADUN PR DI FITNAH LOMPAT PARTI
12 Jun 2009 - Menjurus kepada kenyataan akhbar / ulasan di Sinar Harian Edisi 12 Jun 2009, Bekas Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor, Dato' Seri Khir Toyo yang menyebut bahawa beliau amat mengalu-alukan kemasukan 3 ADUN PR iaitu YB Shuhaimi - ADUN Sri Muda, YB Badrul Hisham - ADUN Pelabuhan Klang dan YB Manoharan - ADUN Kota Alam Shah untuk melompat parti.
Bagi kami semua warga AMK Kota Raja, kenyataan berikut adalah politik murahan yang cuba dimainkan oleh Ketua Pembangkang yang bakal digantung selama 1 tahun dari Sidang DUN Selangor. Kenyataan ini amat tidak bertanggungjawab dan berniat jahat untuk memberikan imej yang buruk kepada ADUN2 PR kepada rakyat negeri Selangor khasnya.
AMK Kota Raja beranggapan, bahawa isu ini hanya dimainkan oleh pihak yang bacul kerana kemungkinan pihak tersebut amat cemburu dengan prestasi perkhidmatan yang cemerlang telah ditunjukkan oleh ADUN Sri Muda sejak PR memenangi Kerajaan Negeri Selangor Mac 2008.
AMK Kota Raja menyeru rakyat di DUN Sri Muda agar tidak terpengaruh dengan propaganda murahan yang cuba dimainkan oleh Pembangkang yang cemburu dengan perubahan-perubahan positif yang berjaya dilakukan oleh Kerajaan PR dalam masa 15 bulan jika dibandingkan dengan Kerajaan UMNO-BN yang telah memerintah lebih 50 tahun.
Ketua Pembangkang disarankan agar bersikap terbuka menerima kenyataan bahawa segala program, rancangan ekonomi dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang telah dibuat oleh Kerajaan PR telah membuatkan keyakinan rakyat Negeri Selangor untuk terus menyokong Kerajaan PR di bawah pimpinan YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim.
AMK Kota Raja juga amat senang dan berpuashati dengan kerjasama yang erat yang telah ditunjukkan oleh YB Shuhaimi yang juga merupakan Timbalan Ketua Bahagian Kota Raja. Beliau amat mudah dihubungi dan bersedia bila-bila masa untuk mendengar rintihan dan masalah rakyat di DUN Sri Muda.
Antara program beliau yang amat disenangi oleh rakyat di DUN Sri Muda adalah Karnival Mesra Perpaduan Rakyat N50 selama 2 hari di Johan Setia yang telah dihadiri dan dirasmikan sendiri YAB Menteri Besar Selangor. Ini terbukti dengan kehadiran begitu ramai penduduk setempat yang menyokong program tersebut tanpa mengira fahaman politik dan latar belakang. Difahamkan hampir 20 ribu rakyat telah mengunjungi Karnival tersebut.
Segala aktiviti-aktiviti ADUN Sri Muda juga boleh dilayari oleh semua pengundi dan penduduk di www.srimuda.blogspot.com. AMK Kota Raja juga mengharapkan agar semua pihak lebih bertanggungjawab untuk mengeluarkan kenyataan dan menghindarkan fitnah yang tidak baik di sisi agama dan masyarakat.

"Ke Arah Selangor Yang Lebih Cemerlang"
Azmizam Zaman Huri
Ketua AMK Bahagian Kota Raja
019-2210278
azmizam@yahoo.com
1 comments:
Aik... anuar ibrahim yg ajat lompat parti... so, lantak pi la orang hang nak lompat..
Post a Comment