KENYATAAN AKHBAR
ANGKATAN MUDA KEADILAN SELANGOR
PARTI KEADILAN RAKYAT
02hb JUN 2009
AMK SELANGOR TOLAK AGENDA POLITIK WAYANG
Angkatan Muda Keadilan Selangor menolak tindakan politik wayang terbaru oleh Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak. Lawatannya ke China dilihat hanya mencari populariti dan mengambil hati masyarakat kaum Cina di negara ini. Malahan lawatan mengejutnya ke beberapa tempat di negara ini juga sekadar gimik politik untuk memulihkan imejnya yang tercalar teruk sebelum ini.
AMK Selangor yakin rakyat hari ini kian bijak dan cerdik untuk membuat penilaian antara agenda politik wayang dan agenda politik yang memperjuangkan nasib rakyat. Rakyat pada ketika ini berkehendakan kepada agenda politik yang jelas dan jitu dalam melaksanakan agenda membela dan mengutamakan kepentingan rakyat. Malahan reformasi yang lebih konkrit diperlukan khususnya mewujudkan sistem ekonomi yang adil, kebebasan badan kehakiman, professionalisme pasukan PDRM,SPRM dan SPR serta pembaharuan dalam pentadbiran negara.
AMK Selangor menganggap lawatan beliau ke negara Tembok Besar China itu hanya bersifat gimik dan wayang politik semata-mata. Justeru lawatan ke negara China sewajarnya memberi erti kepada Perdana Menteri untuk mempelajari sesuatu.Reformasi yang giat dilaksanakan beberapa dekad kini dalam pelbagai bidang menjadikan Negara China bakal kuasa besar dunia pada masa akan datang.
AMK Selangor juga bertanggapan lawatan ini tidak memberi apa-apa erti kepada rakyat dan negara jika tindakan politiknya selepas ini tidak mengutamakan agenda konkrit untuk membela nasib semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa. Justeru kembalinya beliau daripada China,kita mahu satu harapan baru untuk hubungan antara kaum yang lebih mesra dan berkasih sayang sepertimana yang dilaungkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam agenda memupuk persaudaraan antara kaum dengan kata-kata ‘empat lautan terbentang luas, semua manusia adalah bersaudara.’
Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin
Ketua AMK Selangor
0 comments:
Post a Comment