Anna Yusof
KUALA LUMPUR, 5 Mei (SK) : Mesyuarat Biro Politik Umno di Putrajaya tengah hari semalam tidak membincangkan isu samada mahu tanding atau tidak di Dun N12 Penanti.
Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata Umno belum membuat keputusan sama ada akan bertanding pada pilihanraya kecil kerusi Penanti pada 31 Mei ini.
“Kita bincang banyak perkara. Belum ada keputusan apa-apa,” katanya kepada pemberita selepas melawat Dewan Bahasa dan Pustaka di sini semalam.
Majlis Tertinggi Umno dalam mesyuaratnya pada 24 April lepas, telah menyerahkan kepada Biro Politik untuk membuat keputusan sama ada Umno akan meletakkan calonnya setelah Perdana Menteri Najib Razak berkata bahawa pilihanraya kecil seperti itu membazir wang dan tidak sepatutnya diadakan kerana ia bukan disebabkan oleh sebab yang kukuh seperti kematian penyandangnya.
Kerusi Penanti kosong setelah bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I Mohammad Fairus Khairuddin, 33, dari Parti Keadilan Rakyat mengosongkannya dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran.
0 comments:
Post a Comment