Kementerian Pelajaran sedang mengkaji semula rumusan yang direstui oleh bekas Menterinya Hishammuddin Tun Hussein mengenai masa depan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, PPSMI.
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggantikan Hishammuddin, berkata beliau sedang meneliti kembali hasil rumusan mengenai isu itu kerana tidak berpuas hati dengan hasil kajian yang didokong oleh Hishamuddin sebelum ini.
Kementerian Pelajaran di bawah kepimpinan Hishamuddin sebelum ini mengumumkan laporan bersabit dasar PPSMI telah siap untuk diajukan kepada kabinet bagi membuat keputusan muktamad.
Pelbagai pihak termasuk Pakatan Rakyat telah menyelar Hishammuddin kerana membazirkan berbilion ringgit untuk melaksanakan dasar itu selama enam tahun tanpa menimba manfaat yang diharapkan.
Sebaliknya, dasar itu dilihat sebagai membelakangkan status Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar utama di sekolah dan sebagai bahasa kebangsaan mengikut Perlembagaan Negara.
Pencapaian murid, khususnya di luar bandar, dalam dua mata pelajaran itu turut terjejas, bukan kerana mereka lemah dalam Sains dan Matematik tetapi kerana tidak mahir menjawab dalam Bahasa Inggeris.
Kebolehan guru mengajar dua subjek itu dalam bahasa Inggeris turut dipertikaikan oleh pelbagai pihak.
Muhyiddin berkata beliau ingin mendapatkan maklum balas lebih jitu mengenai PPSMI dan tidak mahu hanya bergantung kepada siri rundingan meja bulat yang di anjurkan oleh Hishamuddin sebelum ini.
“Kami sedang meneliti beberapa kajian yang dijalankan oleh badan bebas yang berbeza dengan hasil persidangan meja bulat. Sesetengah sidang meja bulat tidak mempunyai bukti dan fakta yang mencukupi,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri.
Justeru itu Muhyiddin berkata pihaknya akan mengambil masa yang lebih untuk mencari pendekatan terbaik bersabit masa depan PPSMI.
Sumber: www.tvantara.com
0 comments:
Post a Comment