AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, May 2, 2009

Perutusan Hari Pekerja: Anwar gesa pekerja perlu cipta perubahan segera

Anna Yusof

KUALA LUMPUR, 1 Mei (SK) : Dalam perutusan Hari Pekerja hari ini, Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim menyatakan kesedihan
beliau terhadap kadar pengganguran yang tinggi akibat kerajaan Barisan Nasional yang tidak telus dan tidak cekap menanggani kejatuhan ekonomi global ini.

“Kadar pengangguran dijangka mencecah 4.5% tahun ini, bermakna hampir 500 ribu individu akan kehilangan pekerjaan,” tegas beliau.

Beliau merasa sedih dengan kedar pengganguran yang berleluasa sehingga sukar di bendung oleh kerajaan BN sekarang ini.

Anwar menambah, “Namun tahun ini kita resah mengenangkan muramnya kedudukan ekonomi negara dan betapa ianya memberi kesan buruk kepada semua pekerja,”

Anwar mengingatkan bahawa kegawatan ekonomi yang melanda serta pengurusan ekonomi negara yang tidak berwibawa hanya menimbulkan keresahan terhadap kedudukan para pekerja.

Golongan pekerja merupakan nadi utama yang membina negara Malaysia ini. Mereka bertungkus lumus mencari rezeki dan pada masa yang sama usaha mereka itulah yang menggerakkan negara ini.

Beliau juga menyampaikan kata-kata semangat bagi memberi inspirasi kepada setiap pekerja supaya rakyat harus merasa bangga dengan kejayaan negara yang telah dicapai sehingga kini.

Beliau berkata, “kita saksi dengan penuh rasa bangga, maka kenanglah setiap titik keringat yang tumpah dari batang tubuh para pekerja yang berkorban untuk hasrat tersebut,”

“Bila datangnya 1hb Mei setiap tahun, kita mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pekerja,” kata beliau

Justru itu, ekonomi negara yang sama-sama dibangunkan, manifestasi dari harapan untuk mencipta masa depan yang lebih baik, hari ini tidak lagi bermanfaat oleh pekerja dengan sewajarnya.

“Oleh itu kita tidak boleh berlengah lagi. Perubahan serta langkah pemulihan yang diwar-warkan hanya bersifat runcitan demi mencuri masa yang kian suntuk buat kerajaan BN pimpinan Umno,” tambah beliau lagi.

“Sudah tiba masanya rakyat Malaysia memilih Perubahan yang sebenarnya yang tuntas memperjuangkan hak setiap dari warganya termasuklah hak golongan pekerja. Para pekerja, ayuh bersatulah demi mencipta Perubahan!,” tegas Anwar mengakhiri perutusan beliau.

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009