AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, May 5, 2009

MPK Antara Pihak Berkuasa Tempatan Terbaik di Malaysia

Pelaksanaan Sistem Penggredan (Star Rating) Pihak Berkuasa Tempatan (SSR-PBT) yang dikelolakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertujuan untuk menggredkan tahap prestasi PBT ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan.

Terdapat kriteria yang telah digariskan oleh KPKT menggredkan setiap penyampaian perkhidmatan yang disampaikan oleh PBT iaitu dari segi pengurusan, perkhidmatan , pengurusan pelanggan,penyertaan komuniti dan pandangan penduduk, penglibatan komuniti dan pandangan penduduk melalui soal selidik .

Penggredan ini juga mengambil kira pandangan dan penilaian penduduk sebagai pengguna perkhidmatan dan pembayar cukai.

Di dalam Sistem Penggredan (Star Rating) Pihak Berkuasa Tempatan (SSR-PBT) tiada PBT berjaya memperolehi taraf 5 bintang.

Walau bagaimanapun, 10 PBT berjaya memperolehi taraf 4 bintang dan menerima sijil beserta peruntukan khas RM200,000 bagi melaksanakan projek-projek pembangunan yang dikenalpasti oleh PBT.

Majlis Perbandaran Klang telah mendapat tempat ke-4 antara PBT di Selangor juga disenarai 10 terbaik di Malaysia.

Sumber: www.mpklang.gov.my

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009