IPOH, 5 Mei (Hrkh) - Adun Titi Serong yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Pakatan Rakyat, Khalil Idham Lim membantah tindakan pihak keselamatan akan akan mahu melakukan 'provokasi' dengan menakut nakutkan beberapa orang Adun Pakatan menjelang sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei ini.
Turut hadiri pada sidang media itu Exco Kerajaan Perak pakatan Rakyat, Zainuddin Yusuf dan Thomas Su dan beberapa orang Adun Pakatan Rakyat antaranya Chang Lih kang (Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Lim Phek Her(Mengelembu)
Setakat ini katanya, ADUN Pasir Pinji, Mengelembu, Kepayang , Teja dan Buntong telah didatangi oleh sekumpulan pegawai Polis dengan berkenderaan van dan kereta.
Mereka mengambil gambar dalam keadaan mencurigakan dan menimbulkan perlbagai persoalan dari ADUN berkenaan, keluarganya serta jiran tetangga.
"Oleh itu saya sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat (BBC-PR) yang juga ADUN Titi Serong bersama-sama ADUN PR yang lain menyatakan mantahan dengan tindakan seperti provokasi yang dilakukan oleh pihak polis.
Beliau turut mempersoalkan apakah tujuan rumah ADUN berkenaan dilawati secara tidak diundang dan apa gambar-gambar itu diambil dengan kehadiran ramai polis di situ..
"Kami akan sentiasa mematuhi undang-undang yang sedia ada dan sanggup berkerjasama dengan pihak keselamatan tetapi bukan dengan cara "tidak diundang" dan kami tidak tahu menahu dengan kehadiran mereka sekiranya tidak dimakulum oleh keluarga dan jiran," jelasnya.
Idham turut mempersoalkan tindakan pihak pihak anggota keselamatan itu apakah kesalahan dan tindakan melanggar undang-undang yang telah dilakukan oleh ADUN Berkenaan ?
Dalam pada itu Idham turut mempersoalkan tindankan Dato' Zambry Abdul Kadir dab BN yang membenarkan Dewan Negeri dimasuki oleh "bomoh" untuk menjampi kerusi speaker.
Sehubungan itu beliau mendesak Mufti Kerajaan Negeri Perak untuk mengeluarkan fatwa mengenai perkara tersebut. - azm _
0 comments:
Post a Comment