AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, May 6, 2009

AMK Selangor Bantah Cadangan SPR Mansuh Pondok Panas



Angkatan Muda Keadilan Selangor membantah peraturan baru Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) yang melarang parti politik bertanding membawa penyokong melebihi 5 ribu orang dan mendirikan pondok panas pada hari pilihanraya.

Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut berkata, peraturan baru itu tidak praktikal langsung untuk dilaksanakan.

Katanya, rakyat perlu diberi kebebasan untuk bersama- sama menyertai proses demokrasi dan menyuburkan erti semangat pilihanraya yang sebenar. Rakyat perlu diberi hak menjayakan konsep pilihanraya bukannya dengan mengenakan sebarang peraturan yang kurang profesional dan kontroversi.

"AMK Selangor juga sekali lagi mendesak agar penggunaan dakwat pada jari dapat dilaksanakan secepat mungkin dan tanpa alasan. Penjelasan perlu dikemukakan apakah sebabnya sehingga kini perlaksanaannya tertangguh hanya beberapa hari sebelum PRU-12 lepas." Kata Ezli

AMK Selangor menegaskan SPR perlu lebih profesional, bebas dan melaksanakan pembangunan yang sejajar dengan prinsip menyuburkan semangat dan erti demokrasi yang sebenarnya di negara ini.

Dalam permohonan lain, Naib Ketua AMK Selangor, Jafrien Muhammad mencadangkan agar pihak Kerajaan Negeri selangor menyediakan pelan perancangan khas untuk pemberian tanah kepada masyarakat India dinegeri ini. Pemberian tanah ini adalah untuk tujuan kediaman dan aktiviti ekonomi.

AMK Selangor menegaskan bahawa Pakatan Rakyat memperjuangkan hak memiliki tanah untuk semua rakyat merentas sempadan kaum, agama dan anutan politik. Yang didahulukan adalah golongan- golongan yang kurang berkemampuan dan kelas menengah bawah yang rata- rata tidak mempunyai apa- apa selain hutang sekeliling pinggang.

Sumber: www.tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009