AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, April 15, 2009

Wad ICU jadi dewan mahkamah

Anna Yusof

KUALA LUMPUR, 15 April (SK) : Penderitaan Adi Anwar Mansor yang di rawat di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akibat meminum cecair pelarut semasa dalam tahanan polis bertambah apabila beliau dihadapkan dengan pendakwaan memiliki dadah.

Beliau yang terbaring lemah dengan memakai topeng oksigen dan tangan kanan bergari di kepala katil mendengar dakwaan terhadapnya yang dibacakan di depan majistret Liew Horng Bin di Bilik Infeksi, Wad 8B, kira-kira pukul 3.50 petang semalam.

Hakim duduk di sebelah katil tertuduh dan mengumumkan bilik tersebut sebagai mahkamah terbuka dan mengarahkan jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan terhadap Adi.

Adi didakwa memiliki dua bungkusan ganja seberat kira-kira 44.55 gram di Perhentian Bas di tepi Jalan Kebun, Kelang kira-kira 11.30 malam pada 7 April lepas.

Pemuda itu didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan.

Sejurus selepas pertuduhan dibacakan, Adi dengan lemah mengangguk faham serta meminta dibicarakan.

Sumber: suarakeadilan.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009