AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, April 25, 2009

SPRM siasat tiang gol "paling mahal di dunia"



Selepas gagal mengadakan piket di perhimpunan agung Umno bulan lalu, Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)..

Isunya bukan kegagalan rundingan tentang perjanjian bersama (CA) wartawan akhbar Umno itu dengan majikannya tetapi mengenai harga tiang gol yang dibeli oleh pengurusan akhbar milik UMNO itu.

"Kita (wartawan) sendiri telah ke sana dan melihat tiang gol tersebut, ia adalah tiang yang biasa, tiada pun tandatangan (David) Beckham dan (Didier) Drogba di atasnya," kata pengerusi NUJ berkenaan Amran Ahmad..

Beliau bersama empat exco kesatuan itu hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira jam 3.30 petang.

Bercakap kepada pemberita selepas aduan tersebut, Amran menjelaskan, mereka meminta isu pembelian set tiang gol – merangkumi dua tiang dan pagar halangan – yang berharga lebih RM160,000 disiasat.

Selain memberikan keterangan, mereka turut menyerahkan dua invois berkaitan serta beberapa keping gambar tiang gol berkenaan untuk membantu siasatan.

Menurut satu invois itu, RM82,539.29 dibelanjakan untuk "cantilever steel support & goal post for CW1" dan satu lagi invois bernilai RM85,578.30 untuk "goal post fencing".

Amran berkata, pengurusan akhbar tersebut membeli set tiang gol untuk kegunaan padang bola di kilang percetakan Utusan Melayu (M) Bhd di Seberang Perai, Pulau Pinang pada 2006.

Dalam kenyataan bertulisnya kepada media, Amran mendakwa pembelian set tiang gol itu "paling mahal di dunia" dan "urus niaga luar biasa pengurusan atasan Utusan."

Pada 25 Mac, sewaktu Umno sedang sibuk mengadakan pemilihan dan perhimpunan agungnya, NUJ Utusan membatalkan piket berhubung isu CA apabila gagal mendapat permit polis.

Tuntutan NUJ Utusan bagi CA penggal 2008 hingga 2011, antaranya, pelarasan gaji sebanyak 10 peratus, kenaikan gaji tahunan RM5, tambahan elaun kenderaan sebanyak RM50 dan pengekalan faedah-faedah lain yang terkandung dalam CA itu.

Rundingan terbaru itu susulan CA lama yang telah tamat pada 31 Julai tahun lepas.

Kesatuan itu mewakili hampir 300 ahli yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan artis grafik yang menjadi nadi jabatan pengarang akhbar-akhbar kumpulan berkenaan - Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo!.

Ketika diminta mengulas perkembangan rundingan CA, Amran menyifatkan ia masih menemui "jalan buntu" setelah dua kali berunding bulan ini.


Sumber: www.tvantara.com


0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009