Ini satu berita bagus buat RAKYAT. Kalau Kerajaan Pakatan Rakyat di dua negeri gagal untuk menunjukkan apa-apa kelebihan yang menyerlah lebih daripada kerajaan zalim sebelumnya, maka tinggal sejarahlah kerajaan Pakatan hukumnya.
Saya namakan cuma dua negeri, Selangor dan Kedah kerana Pulau Pinang dan Kelantan pada dasarnya jelas kemajuan yang dicapai di bawah kerajaan Pakatan. Tahniah kepada PAS di Kelantan dan DAP di Pulau Pinang. Tahniah khas buat YAB Tok Guru Nik Aziz dan YAB Lim Guan Eng.
Selangor, negeri yang kaya tetapi kerajaan Pakatan Selangor GAGAL dari segi politiknya, gagal juga dari segi hubungan kemasyarakatannya. Kedah nampaknya nyaman, tapi itu luaran. Kekuatan dalaman masih reput dan rapuh. UMNO nampak bergelora diluar, tetapi mampat di dalam untuk menerjah dan menjadikan Kedah dan Selangor seperti apa yang terjadi di Perak.
Saya mempunyai maklumat yang bukan rahsia lagi. Rakyat yang mengundi gabungan parti di bawah naungan Pakatan Rakyat tidak berapa ragu terhadap kepimpinan PAS dan DAP. Mereka matang, mereka teratur, mereka tertib dan mereka punyai pelapis dan wawasan yang jelas dan difahami.
Rakyat nampaknya lebih curiga terhadap Parti KeADILan Rakyat!! Siapakah pemimpin pelapis yang diasuh dan diyakini oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim?. Mungkin ada, hanya DSAI sahaja yang tahu dan faham. Rakyat tidak tahu dan rakyat tidak faham. Nampaknya pimpinan KeADILan segaja membuat rakyat tertanya-tanya. Pimpinan KeADILan segaja buat rakyat keliru. Pimpinan KeADILan segaja menjadikan siapakah pemimpin pelapis ini sebagai rahsia parti untuk dijadikan satu lagi ‘kejutan’.
Tahniah kepada kepimpinan KeADILan kerana berjaya membuat beberapa kejutan sejak memenangi pilihan raya umum Mac 2008 lalu. Kejayaan yang disebabkan BUKAN kerana rakyat mahukan Parti KeADILan, tetapi kerana rakyat TIDAK mahu dan benci kepada UMNO dan BN.
Ingat!! kebencian boleh bertukar menjadi kerinduan. Tetapi, Wakil Rakyat KeADILan tidak perlu faham tentang ini. Wakil Rakyat KeADILan tidak perlu fahami perasaan rindu rakyat. Wakil Rakyat KeADILan adalah Yang Berhormat!! Mereka perlu dihormati. Mereka bukan rakyat biasa lagi sekarang!! Mereka diangkat oleh rakyat tetapi menjadi wakil kepada …… entah siapa??
Telahan saya, saya nyatakan sekarang!! Sekiranya parti KeADILan Rakyat tidak bangkit, berubah dan bertindak sepertimana yang sewajarnya, RAKYAT pula akan memberi ‘KEJUTAN’ kepada KeADILan dalam PRU-13 nanti. - KeADILan menang dengan gah dalam pru-12 dan bakal terkejut dengan ketewasan yang memalukan dalam pru-13.
Lupakan gagasan untuk bertempat di Putrajaya kiranya hanya Dato Seri Anwar Ibrahim sahaja yang nampak, tetapi yang lainnya buta, lalai dan leka.
Kepada para wakil rakyat KeADILan, kalau dalam pru-12 undi RAKYAT bertali-arus kepada kalian menyebabkan kalian sombong, bongkak dan ego seperti wakil-wakil dari UMNO/BN, maka tertipulah rakyat dengan lakonan kalian. Ya! rakyat mungkin boleh kalian bohong dan tipu sekali, sekali pada 08-03-08. Menjelang pru-13, rakyat bakal main ‘Cina Buta’ dan tinggal kalian menjadi ‘janda’. Janda DUN dan Janda Dewan Rakyat!!
Maaf, ini titipan dari hati untuk mereka yang mengerti. Bukan kerana benci, tetapi bimbang rasa itu muncul tanpa diundang!!!
Salam Takzim dan Salam Perjuangan
Ikhlas dari: Kerajaan Rakyat.com
0 comments:
Post a Comment