AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, April 2, 2009

Parti gabungan Pakatan dilarang anjur ceramah, pasang poster

TAIPING: Parti dalam gabungan Pakatan Rakyat diingatkan supaya tidak menganjurkan sebarang sesi ceramah bagi berkempen dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang kerana ia menyalahi peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengarah Pilihan Raya Perak, Ahmad Adli Abdullah, berkata parti gabungan Pakatan iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidak boleh mengadakan ceramah atau program berkaitan kerana parti berkenaan tidak bertanding pada pilihan raya kali ini.

Beliau berkata, PKR dan DAP juga tidak boleh memohon untuk mendapatkan permit ceramah walaupun mereka dikatakan sebagai parti gabungan.

"Tindakan mereka (PKR dan DAP) mengadakan majlis ceramah adalah menyalahi peraturan mengikut Akta Pilihan Raya kerana pihak berkenaan bukan gabungan yang sah dan berdaftar seperti Barisan Nasional (BN).

"Kita (SPR) akan memantau tindakan mereka (pembangkang) dan kita akan mengambil tindakan tegas jika terbukti pihak berkenaan melakukan kesalahan itu," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, PKR dan DAP juga tidak boleh memasang lambang masing-masing sepanjang tempoh berkempen pilihan raya kecil Bukit Gantang atas sebab sama.

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009