AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, April 2, 2009

'Hari ini perintah, esok Hindraf bebas', janji Anwar

SUNGAI PETANI: Setelah menjanjikan penurunan harga minyak selepas membentuk kerajaan pada pilihan raya umum ke-12 yang lepas, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kali ini menjanjikan pembebasan tahanan Hindraf untuk memikat pengundi India, kaum kedua terbesar di Bukit Selambau.

Jumlah pengundi di Bukit Selambau adalah seramai 35,140, iaitu terdiri daripada 50 peratus kaum Melayu, 28 peratus India, 20 peratus Cina dan dua peratus terdiri daripada kaum-kaum lain.

Berucap dalam ceramah di Taman Kelisa Ria malam tadi, ketua pembangkang itu berkata, pakatan pembangkang tidak melihat isu itu dari sudut perkauman, sebaliknya berpegang kepada prinsip keadilan untuk semua.

Beliau berkata selain pemimpin Hindraf, ramai orang Islam turut ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mereka dilabel sebagai pengganas.

"Ini bukan soal kaum, tapi undang-undang. Kalau salah, tunjukkan bukti kemudian kalau salah, masuk penjara. Bukan main tangkap suka-suka tanpa bukti," katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh juga mendakwa bahawa wakil Umno di Parlimen langsung tidak membela pemimpin Hindraf, sebaliknya hanya pemimpin pembangkang yang membangkitkan perkara berkenaan.

"Kalau orang tidak salah, pasal apa tangkap mereka? Kalau hari ini kita perintah, esok semua orang Hindraf bebas," katanya. - Bernama

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009