Satu kejutan telah dibuat oleh timbalan, naib dan ajk AMK Kota Raja pada 15 April 2009 semasa mesyuarat AMK Kota Raja. Kejutan yang dibuat tersebut adalah bagi meraikan sambutan ulang tahun Ketua AMK Bahagian Kota Raja, Azmizam Zaman Huri yang sepatutnya disambut pada 16 April 2009.
Dalam majlis tersebut, Azmizam langsung tidak menyangka bahawa hari ulang tahun beliau akan disambut meriah disertai oleh ahli keluarga beliau termasuk kedua ibubapa. Walaupun majlis diadakan agak sederhana tetapi diraikan dengan meriah oleh warga AMK Kota Raja.
Pada malam tersebut juga, Azmizam telah mencadangkan agar sambutan ulang tahun setiap warga AMK Kota Raja dijadikan acara sambutan tahunan bagi menghargai setiap warganya. Diharap dengan adanya sambutan sebegini, setiap ahli jawatan kuasa AMK akan lebih bersemangat dan lebih komited untuk menjalankan tanggungjawab didalam parti disamping mengeratkan lagi ikatan silaturrahim sesama ahli.
Akhir kata, warga AMK Bahagian Kota Raja mengucapkan semoga saudara Azmizam Zaman Huri dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan terus berjaya dalam memimpin Angkatan Muda Keadilan Bahagian Kota Raja, InsyaAllah. Disini kami warga AMK Bahagian Kota Raja berikrar akan sentiasa setia dan berdiri teguh dibawah pimpinan Azmizam Zaman Huri.
0 comments:
Post a Comment