BUKIT SELAMBAU [10.16 am] - Seperti yang telah didedahkan oleh kami sebelum ini bahawa terdapat hampir 3,029 nama "orang tidak dikenali" berdaftar di DUN Bukit Selambau. Biarpun laporan polis telah dibuat oleh Timbalan Ketua AMK Pusat Fariz Musa, Skuad AMK Kedah dan tuan rumah terbabit, namun sehingga semalam tidak ada tindakan yang dibuat oleh pihak berkenaan. Laporan juga telah dibuta kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah, namun seperti biasa pihak SPR menafikan kewujudan pengundi hantu biarpun banyak maklumat dan bukti-bukti kukuh bahawa terdapat alamat rumah penduduk di sini yang digunakan oleh lebih 50 orang pengundi yang tuan rumah langsung tidak mengenali mereka. Malah pihak polis juga turut memberi amaran "jangan halang pengundi", "tindakan menghalang pengundi adalah melanggar undang-undang" dan "pihak keselamatan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menghalang pengundi menunaikan tanggungjawab". Kenyataan ini bagi menyokong apa yang diucapkan oleh Naib Presiden UMNO, Hishamuddin Hussein dan Bekas MB Kedah Mahathir Khalid bahawa isu pengundi hantu sengaja diwar-warkan oleh pembangkang untuk meraih simpati. Kononnya jika pembangkang menang, isu itu tidak timbul. Sebaliknya jika mereka tahu akan kalah maka isu itu akan timbul dan diperbesarkan. Pihak berkenaan juga menyatakan bahawa "tuduhan parti pembangkang itu tak masuk akal", "mereka mungkin anak tempatan yang bekerja di luar dan berpakat balik mengundi bersama-sama" dan "pembangkang terdesak dan mencari alasan sebagai persediaan kalau kalah".
Inilah dia bas-bas pelancong yang datang dari Rembau Negeri Sembilan
kononnya mahu melawat Bukit Selambau untuk pergi melancong
Bagi membuktikan kewujudan pengundi hantu di Bukit Selambau, makan malam tadi sekitar jam 2 hingga 5 pagi pihak Pakatan Rakyat telah mengadakan operasi untuk menangkap pengundi hantu yang dijangka akan mula berkeliaran dan menyeludup masuk ke sini. Dalam operasi yang dijalankan sebanyak 6 buah bas telah dikepung. 4 di pekan Kuala Trong, 1 di CALTEX Trong (NBY 9977) dan 1 di simpang Plaza Tol Changkat Jering (BHQ 5155). Semua bas itu dilindungi oleh abang botak yang menaiki Toyota Harrier nombor pendaftaran BGN 6600 dan sebuah Proton Perdana NBD 10. Rombongan itu telah mengaku datang dari Rembau Negeri Sembilan (kawasan Khairy Jamaluddin). Sebahagian mereka memberitahu datang sebagai pelancong manakala sebahagian lagi mengaku sebagai petugas pilihanraya. Beberapa orang yang lain menyatakan mereka datang sebagai pasukan sorak untuk BN di pusat-pusat pengundian. 4 buah bas yang berada di pekan Kuala Trong tidak dapat dihampiri oleh petugas-petugas Pakatan Rakyat kerana dikawal sepenuhnya oleh pasukan FRU yang datang dengan 5 buah trak. Polis dan FRU memaki hamun dan menghalau petugas-petugas Pakatan Rakyat yang mahu mendapatkan kepastian ke mana arah tujuan rombongan tengah malam itu. Belum pernah berlaku dalam sejarah di sini , bas pelancong masuk ke pekan kecil Kuala Trong pada pukul 3 pagi kononnya mahu melancong ke Pulau Pasir Hitam. Anehnya, kenapa pupa para pelancong dari Negeri Sembilan itu bercuti beramai-ramai pada hari Selasa yang bukannya cuti umum?
[Terkadang kami merasa agak hairan dengan senario pilihanraya di Malaysia ini. Kenapa diwujudkan satu suasana yang tidak harmoni dan tenteram dengan niat sengaja menimbulkan syak wasangka. Setiap kali ada pilihanraya kecil pasti berbondong-bondong bas pelancong yang terdiri dari kalangan anak-anak muda datang kononnya untuk "melancong" ke kawasan terbabit. Kehadiran bas-bas ini pula pasti awal-awal pagi ketika semua petugas dipercayai mula tidur. Apakah motif semua ini?. Suasana curiga seperti ini tidak seharusnya berlaku lagi dengan pertukaran Pengeru SPR yang baru. Namun, nampaknya ternyata ia tidak membawa apa-apa perubahan malahan SPR cuba pula untuk mempertahankan kenyataan yang tidak masuk akal itu. Mereka datang awal pagi, kononnya mahu pergu melancong tetapi pada hari Selasa? Logik atau tidak?. Maka itu, kami sekali lagi menegaskan bahawa memang di Bukit Selambau akan dipenuhi oleh pengundi hantu sebabnya, kerana pihak polis sendiri yang akan mengiringi mereka untuk pergi mengundi nanti. Rosak amalan demokrasi di negara kita, jika ini caranya untuk menang maka tidak perlulah bersusah payah turun berkempen sebenarnya. Bawa masuk pengundi hantu kemudian mengundi dan menang, inilah kerja BN sejak dulu, kini dan selamanya].
Sumber: pahangdaily.blogspot.com
Kecoh, bila pihak petugas Pakatan Rakyat cuba untuk menyiasat mereka

0 comments:
Post a Comment