AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, April 1, 2009

Eksklusif: Peralihan Kuasa, Perubahan Jawatan PM Pada Masa Yang Sama Dengan PM Israel Tidak Beri Apa-Apa Makna Kepada Rakyat Sebenarnya !!

KUALA LUMPUR [1.45 pm] - Negara Malaysia dijangka akan mendapat Perdana Menteri baru pada hari Jumaat ini iaitu waktu yang hampir sama dengan perlantikan Perdana Menteri Israel yang baru iaitu Benjamin Netanyahu. Benjamin yang kembali semula setelah menjadi Perdana Menteri Israel 10 tahun yang lalu dikatakan menubuhkan kerajaan campuran bersama Ehud Barak dan lain-lain pemimpin. Apa bezanya Malaysia dan Israel sebenarnya?. Apakah dengan perlantikann PM baru Israel itu, dasar dan kekejaman Kerajaan Haram Yahudi itu terhadap umat Islam di Palestin akan dapat dikendurkan. Apakah ada jalan perdamaian antara kedua-dua puak itu agaknya?. Atau mungkin juga ceritanya tetap sama walau sesiapa pun yang menjadi Perdana Menteri negara itu. Rakyat Palestin akan ditekan, ditindas, dizalimi serta dibunuh seperti lazimnya. Sedangkan bakal Perdana Menteri baru Israel itu mengakui beliau akan bersikap pragmatik dalam pemerintahannya. Mampukah satu harapan baru dapat diberikan kepada PM baru Israel tentang rundingan damai di Tebing Barat itu?. Atau semuanya hanya sama sahaja baik sesiapa yang menjadi Perdana Menteri negara haram itu.

Bukti, lihat bentuk bendera BN dan UMNO yang diukir sama lambang Israel
ketika kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang sekarang ini

Ramai pemerhati politik di Bukit Gantang yang risau dan khuatir bila melihat lambang BN dan UMNO yang diukir menyerupai lambang Israel (Zionis). Apakah ini bermakna yang pemimpin UMNO dan BN kini juga sudah mula meniru cara-cara pemimpin negara haram itu. Jika di Palestin, rakyat ditindas dan dizalimi, maka di Malaysia apa kurangnya. Rakyat ditindas dan dihalang untuk mendapatkan hak yang sepatutnya dalam sebuah negara demokrasi. Berbagai akta diwujudkan demi memuaskan hawa nafsu pihak kerajaan yang memerintah. Rakyat dicengkam ketakutan dan keganasan pihak polis semata-mata mereka ingin menyatakan pendangan dan hak-hak mereka. Tindakan polis Malaysia melepaskan water canon dan gas pemedih mata ketika perhimpunan PPMSI dulu juga dilihat sebagai satu petanda yang memang mereka sedang menuju ke arah itu. Justeru it, kita melihat peralihan kuasa Perdan Menteri di Malaysia sebenarnya tidak memberi apa-apa makna buat rakyat selagi dasar yang diaplikasikan adalah perkara yang sama. Tukarlah sesiapa sahaja, rakyat tetap akan dinafikan hak untuk bersuara, berhimpun serta mendapatkan maklumat. Mereka hanya dimomok-momokkan dengan laporan sebelah pihak oleh akhbar arus perdana yang ternyata menjadi mata dan telingan pihak kerajaan sejak dulu, kini dan selamanya.

[Maka itu kami melihat, rakyat harus terus bersuara untuk menyatakan keadilan dan kedaulatan undang-undang agar kembali tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini. Jika tidak, masa depan generasi akan datang pasti akan terus kabur akibat cengkaman kerajaan yang memerintah. Perubahan harus dilakukan untuk menukar kerajaan yang sedia ada. Inilah perubahan besar yang haru dilakukan dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang. Malaysia sebenarnya sudah terlalu mengikut segala tindak-tanduk kerajaan haram Yahudi dalam mengurus tadbir negara ini. Kita tidak hairan, segala apa yang dilakukan dianggap tidak zalim dan tidak ganas oleh mereka, termasuk memukul, menzalimi, menghalau, memaksa rakyat untuk menerima segala kebobrokan yang mereka lakukan selama ini].

Sumber: pahangdaily.blogspot.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009